Thursday, 28 December 2017

PROMOSI VIVIX BULAN DISEMBER

Lagi tiga hari kita akan melabuhkan tirai 2017 dan akan bertemu tahun baru 2018. Ini bermakna lagi tiga hari juga promosi vivix yang sangat ohsem ini akan berakhir.

Sangat rugi tidak dapatkan vivix promosi ni. Beli twinpack vivix akan dapat diskaun 5%. Bukan setakat tu je, pos pun dah free jimat lagi kan? Apa lagi? Haa..membership pun free uolls bila beli promosi YES vivix ni.

So, apa yang difikirkan lagi? Nak dapatkan vivix boleh la roger cik su

011-12430922

DEKO-DEKO HANTARAN

Assalamualaikum...

Lamanya tak bersua disini. Berhabuk dah blog cik su ni. Idea 'terblock' maka bersawanglah jadinya blog ni.

Bila tiba musim cuti sekolah mesti sibuk dengan jemputan kenduri kahwin la, tunang la...dan macam2 kenduri lagi la.

Sebenarnya cik su ni minat pada something yang cantik, warna warni gitu. Sebab tu suka sangat tengok pelamin dan gubahan hantaran kalau pergi kenduri kahwin.

Baru2 ni ada ahli keluarga nak bertunang.. omg!! Sangat 'eksaited' bila dapat berita tu. Memang dah menjadi rutin kalau ada apa2 majlis belah in law, biasanya semua bekerjasama buat sendiri dari pelamin hinggalah hantaran.

Sebab tu teruja bila dapat berita akan ada majlis kat rumah mertua. Kita sama2 kongsi idea, sama2 buat. Bahagian hantaran biasanya 'sibongsu yang menjadi kak long' ni yang dipertanggungjawabkan.

Idok la pandai sangat, tapi bila dok ramai2 kita tukang buat ni boleh la kongsi2 idea juga dengan family member yang lain.

Untuk majlis tahun ni, ada benda baru yang saya dapat belajar. Jeng jeng jeng...tahun ni kita belajar mendeko pulut kuning!! Woo..seronok sangat. Untuk percubaan pertama ni mendapat bantuan dari mak cik yang memang pro bab2 deko mendeko ni.

Hasilnya ok la not bad kot untuk beginer macam cik su ni. Next time kalau ada yang minta tolong buat lagi mungkin kita akan perbaiki lagi dan menambah baik kan lagi cara deko.

Untuk dulang dan hataran lain pun sama2 buat juga. Yang bestnya, khidmat cik su digunakan untuk dua majlis pertunangan yang berbeza sehari sahaja. Walaupun hasilnya tak ada la cantik macam profesional buat tapi kira ok la kan dapat curah idea juga.

Lepas ni nak minta tolong cik su deko mendeko boleh la ya. Hehehe... next bulan enam ni pula. Tak sabar ni ada dua majlis juga ni. Satu sis in law and satu lagi anak buah. Majlis anak buah ni sangat teruja nak tunggu sebab ni anak buah pertama yang nak kahwin.... cik su is x zzabarrr...

Sunday, 19 November 2017

PRODUK BAYI ORGANIK

Assalamualaikum...

Ibu2 mesti terujakan bila ada produk yang bagus untuk anak terutamanya baby kan?

Ha...sekarang la masanya. Shaklee dah lancarkan produk untuk baby tau. Produk organik yang sesuai untuk kulit sensitif termasuk eczema.

Orang cakap biar alah membeli tapi menang memakai. Tambahan pula untuk baby, mesti la kita sebagai ibu nak kan yang terbaik.

Cik su yang masih tak ada baby pun teruja tau bila tengok produk2 yang bagus untuk baby ni. Rambang mata pula.

Nak dapatkan produk babyshaklee ni cepat2 tau sebab stock sangat limited. Just roger cik su

011-12430922

PUISI TENTANG AKU

Aku...
Aku bertuah
Tubuhku sentiasa dipeluk dipegang kemas
Wajahku dioles dibelai setiap masa

Itulah aku
Sentiasa diberi perhatian
Untung nasibku
Makanmu ada aku
Tidurmu aku disisi
Kerjamu aku temani

Aku disayangi
Aku punca rezeki
Aku pengikat kasih sayang
Aku pembantu dikala buntu
Aku jua teman disaat sunyi

Namun aku
Punca runtuhnya akhlakmu
Telah ku jauhkan mereka yang kau dekat
Meretakkan hubungan yang terbina
Aku juga
Mendinginkan ikatan yang terjalin

Ya...
Itulah aku
Sebuah telefon
Baik niatmu mengabdikan aku
Tebalas baiklah hasil dariku
Buruk citamu menggunakan ku
Jahanamlah penyudah balasan

Gunalah aku sebaiknya
Usah jadi hamba kepadaku
Jangan melalaikan diri kerana aku

~ cik su berpuisi ~

Saturday, 18 November 2017

D.I.Y MASKER WAJAH SEMUDAH ABC

Assalamualaikum...

Sape sini yang suka sangat pakai mask tapi tak suka yang beli siap tu sebab rasa tak terjamin? Kalau rajin sebenarnya dengan bahan2 yang ada kat dapur je pun boleh buat masker wajah tau.

Kat sini cik su kongsi cara yang selalu cik su buat masker kat rumah. Tapi tu la, muka tetap tak 'ploles'. Tau nape? Sebab ada suntikan 'vitamin m a.k.a malas'. Kalau rajin dan konsisten insyaallah menjadi.

1. BERAS, LIMAU NIPIS

Caranya, sangai beras dalam segenggam tu sekejap jangan sampai hangit. Lepas tu blender halus sampai jadi debu (blen kering ek). Simpan dalam bekas bertutup. Bila nak guna, ambil la sikit then perah limau nipis. Agak2 la kepekatan yang u all rasa selesa. Tepek la kat muka. Agak2 dah kering boleh la basuh dengan air bersih. Tapi pedih sikit tau sebab limau kan masam. Kalau rajin memang kulit muka halus je tau.

2. YOGURT, KUNYIT, MADU

Yang ni lagi senang, u all just campur je semua bahan2 tu. Biasa cik su guna dua sudu yogurt, sesudu serbuk kunyit dan sedikit madu. Kalau madu original lagu bagus. Dah siap gaul, tepek la kat muka tu. Kalau boleh pakai baju yang u all tak sayang tau sebab ada kunyit kan, takut terkena kat baju susah nak tanggal. Dah kering agak2 30 minit boleh la basuh. Buat dalam dua or tiga kali seminggu, elok untuk jerawat.

3. ESP SHAKLEE

Masker yang paling cik su suka buat. Sebabnya senang, just bancuh je esp tu dengan air terus boleh letak kat muka. Baju pun tak kotor dengan kunyit, tak ada masalah takut expired macam yogurt. Kalau nak buat baru guna. Dah la sedap baunya. Masa letak kat muka tergoda macam nk jilat (hahhaha). Memang bagus sangat untuk jerawat. Muka pun lembut je. Pakai dalam 30 minit je tau.

Tu je la cara cik su buat masker kat rumah. Kalau nak cuba masker best esp boleh la roger cik su. Esp, minum pun lazat, buat masker pun best.

CARA ATASI SEMBELIT

Assalamualaikum...

Hai semua, lama rasanya tak update kat sini. Ada masalah teknikal sikit dengan fon ni.

Kawan2 ada tak yang jenis susah sangat nak membuang? Sepp sikit....cik su pun sama tau, jenis yang dua or tiga hari sekali baru la nak membuang.

Perut tak payah cakap la, memang tak selesa sangat. Buncit dan keras je. Dah macam2 cara dah cik su cuba tapi degil yang amat...tak nak juga rasa membuang nya.

Ada orang sarankan cik su makan buah betik la, pisang la...semua cik su cuba tapi tetap tak berubah jadual pembuangan tu.

Sampai satu tahap cik su minum fiber yang untuk kurus tu, kalau orang lain minum malam ni pagi tu dah wajib cari toilet. Tapi cik su? Tak ada rasa apa pun.

Last2 cik su rasa lantak la, janji tak sembelit walaupun tiga hari sekali baru nak membuang. Perut tak selesa pun tahan je la nak buat camane...sobbs

Tapi nak dikisahkan, one day tu cik su lenguh2 kaki so cik su try la consume ostemarix shaklee. Malam sebelum tidur cik su makan.

Esoknya kesan berganda yang cik su dapat. Bukan saja lenguh2 kaki dah reda sikit, malah terus cari toilet.

Wah...memang suka sangat. Sape sangka kan, dah macam2 cik su cuba tapi bila makan ostematrix untuk lenguh2 badan, dapat effect melawas pula.

Kalau awak2 pun ada masalah macam cik su meh la pm cik su. Jangan segan2 tau. Nak dapatkan nasihat tentang shaklee pm je kat nombor ni

011-12430922.

Tuesday, 7 November 2017

KAKI BERLUBANG AKIBAT KENCING MANIS TERTUTUP

Assalamualaikum...

'Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati'. Seringkali kita dengar ungkapan ini kan? Tetapi untuk mendapatkan penawar yang betul2 sesuai dengan sakit kita tidak mudah kan?

Ya, itu lah yang cik su alami bila kaki en. Ketua rumah yang pernah dibedah sebab diabetis tiba2 berlubang sedalam hampir separuh ruas jari.

Risau tak payah cakap la masa tu. Terus je ajak beliau ke klinik. Tapi doktor cakap luka tu okey tak ada apa2 yang perlu risau.

Tapi dah nama pun isterikan, perasaan risau tu tak boleh nak elak. Empunya badan rilex je.

Nak dijadikan asbab, ada seorang hamba Allah ni hadiahkan beliau si botol merah vivix sebagai ikhtiar.

Maka bermulalah episod cik su jadi cik 'misi'. Sebelum tidur memang paksa beliau minum dulu si vivix yang sedap tu. Dah nama pun lelaki kan, cukup liat bab2 nak jaga kesihatan ni.

Dengan amalan vivix yang tak konsisten, sebab adakalanya misi tertidur awal...maka lubang yang dalam tu dah rata. Belum pun habis sebotol si vivix.

Oh ya, setiap kali makan vivix tu... ada lelehan tepi botol tau. Yang tu pun beliau tak membazir, beliau letak pula tempat luka tu. So, maknanya vivix pun boleh juga untuk kegunaan luar macam tu.

Ya Allah masa ni rasa syukur sangat sebab satu masalah beliau dah setel. Cik su rasa rugi sangat kalau tak share kebaikkan vivix ni untuk semua.

Bulan November ni bulan promo si botol merah vivix tau. Jadi elok benar la kalau anda ambil peluang ni untuk menjaga kesihatan anda dengan vivix.

Nak cuba ikhtiar vivix dan dapatkan harga promo boleh la hubungi cik su di talian 011-12430922. Cik su sedia membantu.

~ cik su menarikan tinta ~



Thursday, 2 November 2017

HIKMAH DISEBALIK KEHILANGAN

Assalamualaikum...

Kehilangan..

Satu ungkapan yang paling tidak suka untuk disebut dan dibayangkan. Lebih2 lagi kehilangan orang yang melahir dan membesarkan kita.

Zaman persekolahan, aktiviti kerohanian sering mengajukan soalan tentang kehilangan. Tapi tidak pernah diri ini membayangkan kehilangan insan yang bergelar bonda dan ayahanda.

Takut... ya, takut untuk menelan hakikat itu. Takut untuk membayangkan kenyataan itu. Namun terlupakah aku, setiap makhluk yang hidup pasti akan merasai mati.

Sejauh mana dilemparkan ketakutan itu, sekuat mana menghindari bayangan kehilangan itu... harus aku sedar bahawa setiap insan akan melaluinya. Bedanya hanya lambat ataupun cepat.

Walaupun jauh telah terlempar bayangan kehilangan...muncul jua akhirnya menjengah diriku yang masih belum bersedia.

Tanggal 14 September 2015, dua minggu sebelum aidiladha pergi nya insan yang paling disayangi, seorang insan bergelar bonda.

Kehilangan yang paling ditakuti.. kehilangan dirimu wahai bondaku...

Siapa sangka, aidilfitri tahun itu adalah aidilfitri terakhir disambut bersama bonda. Padanlah dirimu galak berbelanja untuk ketibaan syawal, rupanya petanda bonda menyambut syawal terakhir.

Belum puas rasanya bermanja dengan bonda. Tidak terbalas lagi jasa bonda. Tak sempat menabur bakti, bonda pergi jua meninggalkan diri ini.

Namun ku sedar, sejauh mana aku cuba menghindari kehilangan itu, tidak dapat melawan ketentuan yang Esa.

Redhaku akan kehilanganmu bondaku. Hanya doa dan alunan suci Al-quran dapat ku kirim buat mu.

Disebalik air mata kesedihan kehilangan bonda, rupanya ada satu hikmah yang tersembunyi.

Ya, andai dulu tak sempat menabur budi kepada bonda... tanpa sedar, di kurniakan rezeki yang tidak ternilai besarnya.

Rezeki yang tidak semua orang perolehi... rezeki menjaga insan bergelar ayah...

Ya Allah, selepas diberi tanggungjawab untuk menjaga ayah, terdetik hati ini...andai dulu aku tak sempat menabur bakti pada bonda, akan ku pastikan ayahanda ku jaga sebaik mungkin.

Alhamdulillah, rezeki menjaga orang tua, walaupun tidak bekerja tapi dengan belanja bulanan yang diberikan kakak2 dan abang2 sentiasa cukup untuk kami tiga beranak walaupun jumlahnya tidak la sebesar mana.

Terima kasih untuk encik ketua rumah kerana jika bukan kerana beliau yang buat keputusan untuk berpindah tidak mungkin dapat berjasa pada ayah.

Doa cik su semoga cik su terus sihat untuk menjaga dua hero cik su ni.

Hero pertama, ayahanda...sihat fizikal tetapi perlu sabar kerana masalah ingatan. Hero kedua suami terchinta, diabetis type 1.

Doa cik su juga semoga bisness shaklee cik su terus maju untuk membantu hero2 cik su.

Semoga kalian pun turut sama menitipkan secebis doa untuk kesihatan dan kejayaan cik su.

Pesan terakhir, selagi ada insan bergelar ibu dan bapa...hargailah mereka, sayangilah mereka.

~ cik su menarikan tinta ~

Wednesday, 1 November 2017

BESAR UJIANKU, BERAT LAGI UJIANMU

Assalamualaikum

Tajuk share cik su ni macam gempaq kan?

Tapi itulah yang nak cik su kongsikan pada entry kali ni.

Mungkin kita rasa beratnya ujian yang kita lalui ni kan? Kenapa kita yang dapat ujian macam ni.

Sebelum ni cik su rasa macam down sangat bila di uji dengan tidak berezeki untuk dapat zuriat.

Tahun pertama hingga tahun ketiga perkahwinan adalah tahun yang getir sangat. Pantang dengar kawan2 hamil mesti sedih. Lagi sedih bila adik beradik dan ipar duai yang hamil... air mata jadi peneman.

Tahun ke empat hingga sekarang, nak masuk tahun ke tujuh..Alhamdulillah... emosi dah terkawal. Sentiasa positifkan diri.

Lagi kuat bila masuk satu group untuk wanita yang sama nasib macam cik su. Rupanya, tujuh tahun bukanlah lama kalau nak dibandingkan rakan2 yang sampai berbelas tahun masih lagi ber ttc dan menunggu.

Tapi yang lagi membuatkan cik su rasa kecik je ujian cik su ni bila tadi dok sembang2 dengan sorang bidan ni.

Cerita dia, seorang hamba Allah ni dah sembilan kali hamil tapi sembilan kali juga keguguran...Allahuakhbar...

Masa ni la terdetik hati ini, sekurang-kurangnya aku hanya tujuh tahun ber ttc. Tapi hamba Allah ni, sembilan kali merasa kehilangan kandungan...

Macamana emosi ibu ini setiap kali terima berita sedih ni kan? Allah...kuatlah wahai ibu.

Itu lah yang dikatakan, besarnya ujianku, berat lagi ujianmu. Kita rasa berat sangat dah ujian kita tu tapi sebenarnya orang lain diberi ujian yang lagi besar dan berat dari kita.

Sebenarnya Allah akan uji mengikut kemampuan kita....syukurlah kerana Allah masih ingat dan mahu menegur kita.

Semakin banyak ujian kita, semakin dekat kita kepada Allah..

Semoga kita terus tabah untuk hadapi setiap ujian yang mendatang. Sabar, usaha dan tawakal.

~Cik su meluah rasa~

Nota kaki : ttc - trying to conceive 😊
Atau bahasa melayunya mencuba untuk hamil.

Thursday, 12 October 2017

RESEPI LAWA PEMBUKA SELERA

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak 'lawa'? Bukan cantik tau, tapi sejenis lauk yang di buat dari ikan mentah.

Biasanya lauk lawa ni femes dalam kalangan nelayan. Lauk yang mudah tak perlu masak pun.

Kat sini cik su nk bagi resepi gaya cik su. Kalau yang betul2 nelayan biasanya tak rumit diorang cincang2 ikan kemudiah perah limau, dah siap. Tapi yang cara cik su ni rumit sikit sebab dari kecil arwah mak cakap ayah lagi suka makan yang rumit ni.

BAHAN-BAHAN

๐ŸŸ Ikan selayang/tamban, ambik isi sahaja (cik su guna 5 ekor je utk 3org makan)

๐Ÿ‹ 3-4 biji mangga muda yang masam, kupas kulit dan cincang halus untuk senang lumat/limau nipis

๐ŸŒถ Cili padi ikut tahap kepedasan anda. Cik su letak sebiji je sebab x suka pedas

๐ŸŒพ 1 batang serai dihiris

๐Ÿ„ 1-2 ulas bawang merah dihiris

๐ŸŒฑ sedikit kacang panjang, pucuk serai kayu, kesum(hiris halus2)

Bahan utama
CARA MEMBUAT

Isi ikan yang telah siap dibuang tulang dan kulit nipis dicincang bersama mangga( untuk mudah lumat).

Isi ikan yang dah siap dicincang dengan mangga

Sediakan lesung, masukkan garam secukup rasa tumbuk dahulu bersama cili, serai dan bawang.

Dah lumat, masukkan isi ikan bersama mangga muda tadi. Tumbuk hingga lumat.

Pastikan cukup masam kalau tak isi ikan tadi tak masak. Nak tahu masak atau tak isi ikan itu adalah dari segi warna, bila betul2 masak isi ikan akan berubah jadi warna putih.

Kalau rasa mangga tak cukup masam boleh je perah limau nipis. Kalau gantikan mangga dengan limau pun boleh je. Jika nak guna limau, masa tumbuk ikan tu perah la limau skali.

Dah siap tumbuk dan yakin masak boleh la dihidangkan dengan ulam2 tadi. Gaulkan je semua ulam dan lawa tu.
Tapi cik su lagi suka asing2 kan sebab ayah tak suka ulam sebab dah tak ada gigi๐Ÿ˜‚

Taraaaa...lawa yang dah siap tapi ulam tu sejenis je, yang lain tak de stok
Selamat mencuba. Memang pembuka selera.

Wednesday, 11 October 2017

SHAKLEE MEMBANTU PEMBAYARAN BIL DAN SEWA RUMAH

Assalamualaikum...

Kenapa dalam banyak2 perniagaan, shaklee yang menjadi pilihan?

Cuba lihat video ni macamana dari seorang consumer terus menjadi distributor dan apa yang beliau dapat dari shaklee.

Nak Jana Pendapatan Online Untuk Bayar Sewa Rumah? from iReach HD on Vimeo.
Menarikkan bila join bisness shaklee ni? Anda pun nak jadi keluarga besar shaklee? Meh cepat hubungi cik su

011-12430922

Cara Berhenti Merokok Dengan Mudah

Assalamualaikum....

Ada tak kat sini yang perokok tegar? Susahkan nak berhenti merokok tambah2 lagi kalau dah mula merokok dari usia belasan tahun lagi.

Dah bermacam cara cuba untuk berhenti tapi memang tak jalan juga. Tetap susah nak tinggalkan rokok.

Tapi sebenarnya kat sini ada satu perkongsian dari seorang perokok tegar yang dah berjaya tinggalkan rokok setelah macam2 cara dah beliau buat tapi tak juga berhasil.

Cuba tengok video ni untuk tahu apa yang beliau buat hingga berjaya berhenti merokok
Haa...jangan tak percaya tau, shaklee sebenarnya ada produk 'superb' sangat untuk berhenti merokok ni.


Vivix shaklee memang dipercayai untuk berhenti merokok kerana adanya revestrol dalam vivix tersebut.

Revestrol merupakan antioksidan yang sangat kuat dan membantu melindungi sel dari radikal bebas terutama dari rokok yang memudaratkan.

Tapi ingat tau, vivix bukan ubat tapi vitamin yang menyihatkan. Nak tahu lebih lanjut cepat hubungi saya ditalian

011-12430922



Sunday, 1 October 2017

TSUNAMI ESP DIBULAN OKTOBER

Assalamualaikum....

🎶 Tragedi oktober🎶

Eh.. eh.. bukan.. bukan tragedi oktober la, tapi rezeki oktober.

Kenapa tu?

Nak tau tak oktober ni promo paling 'pecoh palo' shaklee buat. Beli empat tong ESP, anda layak untuk dapat 5% potongan harga😱😱😱

Tapi...

Nak dapatkan ESP dengan harga pecoh palo ni, anda perlulah mendaftar sebagai ahli shaklee dahulu.

Tak nak rebut peluang ni ke? Bukan sikit tau penjimatannya. Kalau di tolak campur bahagi semua anda layak untuk berjimat sebanyak rm100++. Memang jimat kan?.

ESP ni produk terhangat dipasaran tau. Banyak sangat kelebihan ESP yang tak dapat nak dinafikan.

KELEBIHAN ESP

🌸Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan bersei.

🌸Dapat membantu hilangkan parut jerawat.

🌸Memberi tenaga berpanjangan serta menjadikan badan semakin sihat dan kurang keletihan.

🌸Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan,

🌸Menyokong kesihatan imunisasi badan.

🌸Mengawal paras kolestrol.

🌸Menyokong kesihatan jantung dan prostat.

🌸Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik

So...apa yang ditunggu lagi tu, meh cepat2 call atau whatapps cik su

011-12430922

Jangan lambat tau nanti anda yang menyesal sebab tak mendapat rezeki oktober

Wednesday, 20 September 2017

PUNCA DIET TIDAK BERKESAN

Assalamualaikum...

Ada tak kawan2 cik su yang sedang 'berdiet' tapi berat still sama je malah kadang-kadang rasa macam makin naik timbangan la pula (cik su la tu). Cuba cek balik betul tak cara kita berdiet tu?
Jom cik su share antara amalan diet yang konon2 kita buat tu dah betul tapi hakikatnya diet kita tu 'kelaut'.

🍱 SKIP WAKTU MAKAN TERTENTU

❎Amalan ini yang paling kerap diamalkan mereka yang berdiet. Takut untuk kerap makan sehingga mengabaikan sarapan pagi atau makan malam. Sedangkan seperti yang diketahui, sarapan sangat penting sebagai sumber tenaga utama.
Makan secara teratur tiga kali sehari akan meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu mengurangkan berat badan kerana proses pembakaran lemak lebih senang terjadi.
✅Yang sepatutnya, bukan kurangkan waktu makan tapi kurangkanlah jumlah pengambilan makanan seharian kita tu.

🍔HADKAN KELOMPOK MAKANAN

❎Ada yang menyarankan supaya mereka yang berdiet untuk tidak makan karbohidrat atau lemak dan hanya buah-buahan atau sayur-sayuran sahaja. Ini tidak baik untuk kesihatan sebenarnya kerana tubuh juga memerlukan vitamin dan mineral. Tambahan pula dalam usia remaja.
✅Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada yang langsung tidak berlemak. Ini kerana badan kita memerlukan kalori dan nutrien yang seimbang untuk kesihatan

🥗MAKAN BANYAK SALAD

❎Wow, bestnya makan salad lepas tu letak mayonis banyak-banyak, memang sesuai untuk diet. Tapi....anda kaji tak lemak yang terkandung dalam mayonis tu? Biasanya lemak dalam mayonis memang cukup tinggi.
✅salad memang bagus tapi anda perlulah memilih cara penyediaan yang betul.

💟MENGURANGKAN PENGAMBILAN KALORI

❎Setiap kali nak makan nak kira dulu jumlah kalori yang diambil takut2 mencecah beribu kcal. Yang eloknya setelah ditolak campur mesti kurang dari 1000kcal.
✅Tapi....salah tau semua tu. Sebenarnya seorang perempuan memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari manakala lelaki pula sebanyak 2500 kalori. Kekurangan kalori sekitar 1000 atau kurang boleh menyebabkan anemia tau.

⛹🏻‍♀TIDAK BERSENAM

❎Dah kurangkan makan yang berlemak, dah kurangkan pengambilan makanan, buat apa nak bersenam lagi. Memang kelaut diet anda.
✅Tahu tak yang sebenarnya senaman akan meningkatkan metabolisma badan dan akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dan kalori. Bila dah cepat terbakar cepat la berat turun.

🍎JOM DIET SIHAT DENGAN SHAKLEE🍎

🥛🥞ESP
🍒Takut sangat nak sarapan bimbang bertambah lemakkan? Cuba amalkan sarapan dengan ESP kerana ESP ni boleh membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa  lapar walaupun berpuasa. Pengambilan ESP juga akan merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya. So lepas ni jangan skip sarapan lagi tau.

🍏LECITHIN
🍒Lecithin ni fungsinya untuk memecahkan lemak dan boleh membersih salur darah. Pengambilannya juga dapat mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh. Dan yang paling best pengambilannya dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang.

🐟 OMEGA GUARD
🍒Membantu proses memecahkan lemak lama dalam tubuh seperti di bawah kulit, di dalam hati, di dalam salur darah, lemak yang menyalaputi luar organ selain membantu mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan membakar lemak untuk tenaga. Omega 3 juga terbukti menaikkan metabolisma dan membakar 40% lebih banyak lemak bila bersenam.

🍏ALFAFA COMPLEX
🍒Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan OmegaGuard. Alfalfa Complex bagus untuk wanita mahupun lelaki 

🍏HERBLAX
🍒membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum

Tapi apa yang paling utama sekali dalam usaha untuk diet ni adalah pengambilan air yang cukup. Air kosong tau bukan air milo. Seeloknya cuba untuk minum dua hingga tiga liter air sehari.

Semoga selepas ni diet cik su dah tak kelaut dah. Usaha tangga kejayaan. Nak cuba shaklee cik su sedia membantu.💖

Saturday, 9 September 2017

VITAMIN E TAMBAH KESUBURAN

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua. Keluar jalan2 ke hari ni? Cik su tak kemana pun hari ni, stay kat rumah je sebab en.ketua rumah keje.

Sebab dah bosan sangat sorang2 kat rumah, anak asuhan pun tak datang hari ni, maka ter'rajin' la sikit belek2 buku2 dan majalah2 lama. Dalam dok belek2 tu ada satu artikal ni macam menarik perhatian cik su...maklum la ttcians ni kalau bab2 subur ni laju je nak baca kan.

Apa yang cik su baca, punca utama pasangan masih gagal mendapatkan cahaya mata adalah masalah kesuburan. Tetapi, jika pengambilan makanan tambahan yang tepat, tahap kesuburan mungkin boleh dirangsang.

Antara vitamin yang membantu tahap kesuburan adalah vitamin E. Vitamin E merupakan vitamin dari golongan garam organik yang larut dalam lemak(minyak). Ianya juga dipanggil tokoferol yang membawa maksud vitamin yang bermanfaat untuk meningkatkan kesuburan.

Vitamin E ini terdapat hampir dalam kesemua bahan makanan terutama sekali dalam minyak biji-bijian malah ianya juga boleh diperolehi melalui proses sintesis.

Kekurangan vitamin E dalam tubuh juga boleh mengakibatkan pelbagai penyakit tanpa mengira usia. Jika wanita hamil yang kekurangan vitamin e ini mungkin akan mengakibatkan keguguran kerana kandungan lemah.

Jika lelaki pula,kekurangan vitamin E ini mungkin akan menyebabkan kemandulan. Jadi tidak hairan la vitamin E digunakan dalam perubatan bagi merawat kemandulan.

Kebetulan juga shaklee pun memang ada mengeluarkan vitamin E, jadi tak salah kan kalau kita berikhtiar. Mana nak tau ianya dijadikan asbab untuk para ttcians. Usaha, doa, tawakkal...insyaallah...

Wednesday, 6 September 2017

9 TIPS ATASI TUA SEBELUM WAKTUNYA

Assalamualaikum

Setiap manusia yang hidup pasti akan melalui usia tua jika dipanjangkan umur. Sama juga macam cik su, satu hari nanti akan meniti usia tua ini.

Tapi yang menjadi ketakutan setiap wanita sekarang ialah TUA SEBELUM WAKTUNYA. Sebenarnya kan, gaya hidup seharian kita yang banyak mempengaruhi diri kita.

Pengambilan minuman keras dan merokok misalnya. Malahan pengambilan makanan berlemak berlebihan dan diet yang tidak seimbang antara faktor tua sebelum usia.

Bagi wanita yang dah berusia 30 an, jangan dok sibuk memanjang tau. Kalau boleh curilah walau sedikit masa untuk merawat dan memanjakan diri sendiri. Tahu tak cara nak kekal muda ni? Kalau tak tahu jom cuba tips ni

1*  KAWAL PEMAKANAN
Banyakkan makanan berserat tinggi, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan makanan ringan.

2*MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan vitamin sangat digalakkan kerana faktor kesibukan kerja dan di rumah membuatkan wanita jarang mengamalkan makanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin sangat membantu.

3*PELEMBAB YANG SESUAI
Keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang bila kita menjangkau usia 30an. Oleh itu krim pelembab sangat diperlukan. Carilah yang sesuai dengan kulit muka.

4*SENTIASA BERSENAM
Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur kerana bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan.

5*MINUM BANYAK AIR
Air adalah aset penting untuk melambatkan gejala penuaan dan kekeringan. Kekurangan air menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit

6*AMALKAN TIDUR YANG CUKUP
Tetapkan waktu untuk tidur akan mendisiplinkan diri untuk anda mendapat rehat yang secukupnya.

7*CUBA ELAKKAN SINAR UV
Pendedahan yang lama terhadap sinar uv akan menggelapkan kulit malahan mengurangakan kelembapan kulit. Jadi jangan biarkan muka kita terdedah kepada sinar uv dalam jangka masa panjang. Kalau boleh pakailah krim penghalang uv.

8*ELAKKAN BERMEKAP TEBAL
Wanita 30an seeloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Penggunaan lipstik yang berwarna garang dan bedak asas yang tebal membuatkan wanita nampak lebih tua dan garang.

9*POSITIF
Perlu mengamalkan sikap positif dan ceria sentiasa dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

Jadi untuk mengelakan diri kita dilanda masalah TUA SEBELUM WAKTUNYA, tak salah rasanya kita mempraktikan tips2 yang telah cik su kongsikan tu. Cik su pun dah masuk three series ni, memang sangat2 perlu untuk amalkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda juga.

SAMBAL TOK TOK DAN RESDUNG

Assalamualaikum... nak masak apa ye? Nak makan apa ye? Pernah tak anda macam ni? Kalau pernah kita geng. Dilema kan bagi seorang suri rumah bila tiba masa nak masak. Hari2 masalah sama saja berulang. Bila tanya isi rumah nak makan apa hari ni? 'Masak la apa2 pun kami makan je'. Masak apa2 je tu la yang jadi masalah sebenarnya.

Biasanya bila situasi macam ni terjadi cik su akan masak benda yang simple tapi sangat2 yakin en.ketua rumah akan bertambah-tambah nasi. Biasanya sambal tok tok la yang menjadi pilihan sebab senang dan memang pembuka selera. Tak ada lauk lain pun tak apa.

Kalau makan tu memang sangat sedap kadang-kadang tak sedar tambah nasi berkali kali. En.ketua rumah pun macam tu la juga. Tapi yang jadi tak sedapnya, bagi yang ada masalah resdung macam cik su ni la...sebab dalam sambal tok tok tu ada paduan terbaik bilis dan belacan. lepas makan tu mesti gatal2 muka dan mula la bersin non stop.

Penat juga la menggaru kadang2 sampai calar2 muka ni. Bersin tak payah cakap la sampai bergegaq rumah. Solusi cik su biasanya terpaksa ambil ubat selsema atau ubat alahan/gatal. Tapi risau juga kan kalau ambil ubat tu berterusan.

Tapi sekarang cik su dah tak bergantung kepada ubat-ubatan lagi dah. Selepas diperkenalkan dengan set resdung shaklee, Alhamdulillah kalau salah makan pun dah tak ada dah bersin non stop, hanya bersin dua or 3 kali je lepas tu dah okey.

Bagi mereka yang sama macam cik su ada penyakit resdung ni, tiga supplements ni highly recommended untuk anda consume.
.
🌸 Alfalfa Complex
👉Mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung ( sinuisitis)
👉 Kaya dengan sumber klorofil yang membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives), dan resdung (sinuisitis) .
👉Penghidap penyakit SLE tak digalakkan mngambil Alfalfa sebagai suppliment .
.
🌸 B Complex
👉Kandungan B6 dalam B Complex berperanan untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan
👉Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka
👉Membantu dalam membina protien dalam tubuh .
.
🌸 Vitamin C
👉Sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan menghadapi serangan penyakit
👉Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh
👉Memastikam proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna .

RESEPI SAMBAL TOK TOK

Kat sini cik su sertakan resepi sambal tok tok yang terangkat ni bagi yang masih belum mencuba. Dah cuba jangan marahkan cik su tau kalau diet anda ke laut.

~Segenggam ikan bilis, basuh goreng garing
~Sebiji bwg besar hiris kasar*
~ cili api (ikut tahap kepedasan yang anda suka, dalam 10-15biji)*
~2 btg cili merah patah2kan*
~Sesikit belacan *
~1 biji tomato*
~Sedikit asam limau

CARA-CARA

Goreng je semua bahan bertanda * hingga layu

Kemudian angkat & tumbuk bersama ikan bilis, jangan terlalu halus dan kasar, biar sedang2 je. Lepas tu boleh la perhkan limau sikit untuk ada rasa masam2.

Boleh tmbah sesikit gula & garam kalau suka. Tapi cik su tak letak garam sebab bilis kan dah masin.

Selamat mencuba. Kalau gatal2 dan bersin2 tu cepat2 la cari cik su di talian 011-12430922 untuk dapatkan set resdung yang ohsem ni.

Monday, 4 September 2017

TANGAN MENGGELUPAS SELEPAS RAYA

Assalamualaikum, macamana sambutan hari raya qurban kalian? Mesti seronok kan? Alkisahnya pada hari raya baru2 ni, cik su dipaksa rela untuk mencuci 'perut lembu' sebab yang profesional bahagian ni tidak beraya dikampung. Ada yang tak tahu ke perut lembu tu? Ala, yang selalu kita buat air asam tu la.

Nak basuh benda alah tu kena gunakan kapur makan. Maka bermain-main la cik su dengan kapur dan perut tu sampai bersih. Esoknya pagi2 lagi bangun sebab nak gerak hantar anak buah daftar universiti di Puncak Alam. Tapi yang azabnya, tapak tangan cik su dah menggelupas(kiri dan kanan) dan pedih. Untuk pengetahuan, benda ni jadi sebabkan kapur tu la.

Tengah bersiap-siap tu dah terniat nak bawa bersama krim ajaib HERBAL BLEND tu. Dah sampai sana rupa-rupanya hanya niat je la yang dibawanya, krim tu tinggal. (Kena bebel dengan shuben). Makanya bertabahlah diri ini menahan pedihnya tangan tu.

Esoknya lepas pendaftaran terus balik. Sampai kampung petang tu terus cari krim ajaib tu letak kat tapak tangan.

Alhamdulillah, sehari je pakai kesan menggelupas tu totally hilang. Wah.. memang seronok, kesan pedih pun dah kurang.

Sebab tu kalau boleh krim ajaib HERBAL BLEND  ni wajib ada untuk setiap rumah. Memang terbaik untuk kulit kering malahan tersangat sesuai untuk ruam2 bayi dan gigitan nyamuk.

Kalau nak krim ajaib ni dan nak tahu apa kebaikannya sila la cari cik su ye.

Thursday, 1 June 2017

DIABETIS TYPE 1

Mesti tertanya- tanya kan kenapa P.S.R suka sangat share pasal diabetis ni?

Ok, sebenarnya En.Ketua Rumah di sahkan menghidap diabetis tahap 1 ketika berusia 20tahun lagi. That mean dh 22 tahun dah beliau dengan diabetis ni.(umur beliau teka la ye)

Apa tu diebetis type 1?

cara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetis jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

APA KAITAN DENGAN P.S.R?

Dah nama pn wife kan, of coz la tanggungjawab iolls nak jaga beliau.

Tapi susah tau sebenarnya nak jaga pesakit dm ni. Kenapa? Sebab beliau ni memang 'pantang' sangat dengan yang manis2. Nak makan nak minum memang y manis tu la jadi pilihan hati.

Memang kena kental la nak jaga beliau. Silap2 kita pula kena marah tak bagi benda manis kat beliau.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Tapi demi kesihatan yang tersayang, memang P.S.R buat x tau je๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Ok la dulu untuk yang mula2 ni. Nanti P.S.R share satu asbab kenapa pesakit diabetis macam encik ketua rumah perlu mencuba CIK VIVIX

KISAH EN.KETUA RUMAH DAN VIVIX

KISAH DISEBALIK LUKA DIWAJAH EN.KETUA RUMAH


Yang sebenarnya luka tu dah tujuh tahun++ wujud kat situ( sebelum kahwin lagi๐Ÿ˜‰). Sebabnya gigitan nyamuk je.

Tapi disebabkan E.K.R ni ada diabetis makanya terhasil la luka itu. Yang tempat lain elok je kering tapi kat muka ni degil lain macam.. tapi ada sebab juga ianya degil..sebab kuku๐Ÿค”

Ye la kan, benda kat muka sonok je nak kutis2 kan. Kuku yang bersalah๐Ÿ˜…

Dah macam2 produk cuba untuk dapat hasil yang macam tu, (sebelum ni lagi teruk)tapi kebanyakan memang jadi lagi teruk. Sampai melecur pun ada.

P.S.R pun fobia dah nak beli pencuci muka kat E.K.R sebab facial foam pun mmg memudharatkan lagi. Kecuali yg organik (PbSO yang ni ok setakat ni)

Tersengaja guna vivix, (cuak juga sebenarnya takut jadi mcm yg lepas2๐Ÿ˜ฑ)tak sangka cepat pula kesannya. Tiga hari dh nampak kering cenggitu.
๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Cukup la dulu ye. Nanti ada masa P.S.R share lagi antara E.K.R, Diabetis dan cik Vivix๐Ÿ˜Š

Lekas2 whatsapp P.S.R di  +60 11-1243 0922

Pelbagai Kelebihan Omega Guard Shaklee

KENAPA KITA PERLUKAN OMEGA GUARD?

Biasanya orang kaitkan Omega-3 (komponen asid lemak omega dlm Omega Guard) dgn perkembangan minda kanak2. Kan... Sebenarnya Omega Guard ni sgt banyak fungsi dia especially utk mak2 yg superbizi nih.




1. Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yg utama, yg berfungsi menghantar signal kepada saraf2 yg lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN. 

Jadi kalau asyik sedih2, amalkan Omega Guard ye!

2. Dalam satu kajian yg diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter membuktikan bahawa masalah disipline, ketidakjujuran, malah kecenderungan nak buat benda elok berkaitan dgn kekurangan serum Omega-3 dalam otak.

Haaaa, kalau SUKAR NAK MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye.

3. Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yg mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega 3 dalam otak.

Jadi kalau asyik STRESS sila amal Omega Guard bersama B Complex.

4. Terdapat banyak kajian yg membuktikan kekurangan Omega 3 berkaitan dgn masalah susah nak ingat terutama benda2 yg dipelajari.

Jadi kalau nak cepat tangkap & cepat ingat, amalkan Omega Guard ye.

Amalkan Omega Guard supaya jimat masa nak belajar benda baru....sekali baca/dengar terus faham. Maklumlah mak2 ni bukan ada masa sgt nak ulangkaji banyak2 kali. Jadi amalkan Omega Guard bersama doa dimudahkan kefahaman.... Supaya kita cepat dan mudah tangkap. Takdela berbulan2 sangkut kat bab sama sbb tak faham2 ๐Ÿ˜…

Dan agar happy selalu, Omega Guard mesti ambil setiap hari!

Bulan ni kan promo Omega... Pastikan korang borong utk diri sendiri. Sebotol tu guna sebulan je tau kalo amik ikut dos. Tu baru kita sorang. Belum lg husben (biorla dia pun asyik2 happy jugak kan) dan anak2. Utk mak ayah jgn lupa... Penyakit nyanyuk pun dikaitkan dgn kekurangan Omega-3 tau. Sama2 kita jaga ahli keluarga kita.

& kalo nak tau, masalah2 mental mcm perasaan agresif, suka buat jenayah, fidofilia semua tu ada kaitan dgn kekurangan Omega-3. Dlm Quran pun ada sebut ttg makan ikan kan...

Banyakkan sharing ttg Omega Guard agar semorang amik.. Bkn ibu mengandung, kanak2, org ada masalah kesihatan je tau... Semorang kena amik. Bila semorang happy barulah masyaakat jd harmoni kan ๐Ÿ˜Š

**kesemua fakta di atas back up by studies, bukan cakap2 kosong atau assumption je.    

                 

SIAPA SAYA

Assalamualaikum wbt 


Nama Nor Hafizaini Mat Nawi. Seorang yang peramah dan jenis yang happy-go-lucky hehe. Suka menulis dan memasak hee. Selamat berkenalan :D


Jom follow facebook & Instagram ain. 

klik je link kat bawah ni ya: 


Instagram: shaklee.byain25





Nor Hafizaini empunya diri terkadang disapa ain ada kala dipanggil fieza(amboi3x byk plak nick namenya๐Ÿ˜Ž)

Suri hati Encik Ketua Rumah diberi nama Ahmad Jamil. Tahun ke enam gerbang terbina masih lagi menanti hadirnya permata hati.


Suri rumah tangga dah melekat di hati sejak kesihatan ayahanda tidak mengizinkan. Segala cita korbankan seketika mengejar saham akhirat kelak (insyaallah)

Diploma penulisan kreatif dalam genggaman, kemas tersimpan terguna tidak. Semoga wujudnya blog ini menjadi medan pertempuran idea kerajinan tangan untuk menajamkan asahan bakat.

Tangan menulis tak seperti kata, nak meluah tidak terluah. Menulis bisa terluah, bisa apa saja. 

Sambutlah salam perkenalan dari saya. Sudi2 la menjadi kawan kerana saya tidak mencari lawan.

๐Ÿ˜˜ainmey๐Ÿ˜˜

Popular Post