Thursday, 28 December 2017

DEKO-DEKO HANTARAN

Assalamualaikum...

Lamanya tak bersua disini. Berhabuk dah blog cik su ni. Idea 'terblock' maka bersawanglah jadinya blog ni.

Bila tiba musim cuti sekolah mesti sibuk dengan jemputan kenduri kahwin la, tunang la...dan macam2 kenduri lagi la.

Sebenarnya cik su ni minat pada something yang cantik, warna warni gitu. Sebab tu suka sangat tengok pelamin dan gubahan hantaran kalau pergi kenduri kahwin.

Baru2 ni ada ahli keluarga nak bertunang.. omg!! Sangat 'eksaited' bila dapat berita tu. Memang dah menjadi rutin kalau ada apa2 majlis belah in law, biasanya semua bekerjasama buat sendiri dari pelamin hinggalah hantaran.

Sebab tu teruja bila dapat berita akan ada majlis kat rumah mertua. Kita sama2 kongsi idea, sama2 buat. Bahagian hantaran biasanya 'sibongsu yang menjadi kak long' ni yang dipertanggungjawabkan.

Idok la pandai sangat, tapi bila dok ramai2 kita tukang buat ni boleh la kongsi2 idea juga dengan family member yang lain.

Untuk majlis tahun ni, ada benda baru yang saya dapat belajar. Jeng jeng jeng...tahun ni kita belajar mendeko pulut kuning!! Woo..seronok sangat. Untuk percubaan pertama ni mendapat bantuan dari mak cik yang memang pro bab2 deko mendeko ni.

Hasilnya ok la not bad kot untuk beginer macam cik su ni. Next time kalau ada yang minta tolong buat lagi mungkin kita akan perbaiki lagi dan menambah baik kan lagi cara deko.

Untuk dulang dan hataran lain pun sama2 buat juga. Yang bestnya, khidmat cik su digunakan untuk dua majlis pertunangan yang berbeza sehari sahaja. Walaupun hasilnya tak ada la cantik macam profesional buat tapi kira ok la kan dapat curah idea juga.

Lepas ni nak minta tolong cik su deko mendeko boleh la ya. Hehehe... next bulan enam ni pula. Tak sabar ni ada dua majlis juga ni. Satu sis in law and satu lagi anak buah. Majlis anak buah ni sangat teruja nak tunggu sebab ni anak buah pertama yang nak kahwin.... cik su is x zzabarrr...

No comments:

Post a Comment

Popular Post