Wednesday, 1 November 2017

BESAR UJIANKU, BERAT LAGI UJIANMU

Assalamualaikum

Tajuk share cik su ni macam gempaq kan?

Tapi itulah yang nak cik su kongsikan pada entry kali ni.

Mungkin kita rasa beratnya ujian yang kita lalui ni kan? Kenapa kita yang dapat ujian macam ni.

Sebelum ni cik su rasa macam down sangat bila di uji dengan tidak berezeki untuk dapat zuriat.

Tahun pertama hingga tahun ketiga perkahwinan adalah tahun yang getir sangat. Pantang dengar kawan2 hamil mesti sedih. Lagi sedih bila adik beradik dan ipar duai yang hamil... air mata jadi peneman.

Tahun ke empat hingga sekarang, nak masuk tahun ke tujuh..Alhamdulillah... emosi dah terkawal. Sentiasa positifkan diri.

Lagi kuat bila masuk satu group untuk wanita yang sama nasib macam cik su. Rupanya, tujuh tahun bukanlah lama kalau nak dibandingkan rakan2 yang sampai berbelas tahun masih lagi ber ttc dan menunggu.

Tapi yang lagi membuatkan cik su rasa kecik je ujian cik su ni bila tadi dok sembang2 dengan sorang bidan ni.

Cerita dia, seorang hamba Allah ni dah sembilan kali hamil tapi sembilan kali juga keguguran...Allahuakhbar...

Masa ni la terdetik hati ini, sekurang-kurangnya aku hanya tujuh tahun ber ttc. Tapi hamba Allah ni, sembilan kali merasa kehilangan kandungan...

Macamana emosi ibu ini setiap kali terima berita sedih ni kan? Allah...kuatlah wahai ibu.

Itu lah yang dikatakan, besarnya ujianku, berat lagi ujianmu. Kita rasa berat sangat dah ujian kita tu tapi sebenarnya orang lain diberi ujian yang lagi besar dan berat dari kita.

Sebenarnya Allah akan uji mengikut kemampuan kita....syukurlah kerana Allah masih ingat dan mahu menegur kita.

Semakin banyak ujian kita, semakin dekat kita kepada Allah..

Semoga kita terus tabah untuk hadapi setiap ujian yang mendatang. Sabar, usaha dan tawakal.

~Cik su meluah rasa~

Nota kaki : ttc - trying to conceive 😊
Atau bahasa melayunya mencuba untuk hamil.

No comments:

Post a Comment

Popular Post