Thursday, 2 November 2017

HIKMAH DISEBALIK KEHILANGAN

Assalamualaikum...

Kehilangan..

Satu ungkapan yang paling tidak suka untuk disebut dan dibayangkan. Lebih2 lagi kehilangan orang yang melahir dan membesarkan kita.

Zaman persekolahan, aktiviti kerohanian sering mengajukan soalan tentang kehilangan. Tapi tidak pernah diri ini membayangkan kehilangan insan yang bergelar bonda dan ayahanda.

Takut... ya, takut untuk menelan hakikat itu. Takut untuk membayangkan kenyataan itu. Namun terlupakah aku, setiap makhluk yang hidup pasti akan merasai mati.

Sejauh mana dilemparkan ketakutan itu, sekuat mana menghindari bayangan kehilangan itu... harus aku sedar bahawa setiap insan akan melaluinya. Bedanya hanya lambat ataupun cepat.

Walaupun jauh telah terlempar bayangan kehilangan...muncul jua akhirnya menjengah diriku yang masih belum bersedia.

Tanggal 14 September 2015, dua minggu sebelum aidiladha pergi nya insan yang paling disayangi, seorang insan bergelar bonda.

Kehilangan yang paling ditakuti.. kehilangan dirimu wahai bondaku...

Siapa sangka, aidilfitri tahun itu adalah aidilfitri terakhir disambut bersama bonda. Padanlah dirimu galak berbelanja untuk ketibaan syawal, rupanya petanda bonda menyambut syawal terakhir.

Belum puas rasanya bermanja dengan bonda. Tidak terbalas lagi jasa bonda. Tak sempat menabur bakti, bonda pergi jua meninggalkan diri ini.

Namun ku sedar, sejauh mana aku cuba menghindari kehilangan itu, tidak dapat melawan ketentuan yang Esa.

Redhaku akan kehilanganmu bondaku. Hanya doa dan alunan suci Al-quran dapat ku kirim buat mu.

Disebalik air mata kesedihan kehilangan bonda, rupanya ada satu hikmah yang tersembunyi.

Ya, andai dulu tak sempat menabur budi kepada bonda... tanpa sedar, di kurniakan rezeki yang tidak ternilai besarnya.

Rezeki yang tidak semua orang perolehi... rezeki menjaga insan bergelar ayah...

Ya Allah, selepas diberi tanggungjawab untuk menjaga ayah, terdetik hati ini...andai dulu aku tak sempat menabur bakti pada bonda, akan ku pastikan ayahanda ku jaga sebaik mungkin.

Alhamdulillah, rezeki menjaga orang tua, walaupun tidak bekerja tapi dengan belanja bulanan yang diberikan kakak2 dan abang2 sentiasa cukup untuk kami tiga beranak walaupun jumlahnya tidak la sebesar mana.

Terima kasih untuk encik ketua rumah kerana jika bukan kerana beliau yang buat keputusan untuk berpindah tidak mungkin dapat berjasa pada ayah.

Doa cik su semoga cik su terus sihat untuk menjaga dua hero cik su ni.

Hero pertama, ayahanda...sihat fizikal tetapi perlu sabar kerana masalah ingatan. Hero kedua suami terchinta, diabetis type 1.

Doa cik su juga semoga bisness shaklee cik su terus maju untuk membantu hero2 cik su.

Semoga kalian pun turut sama menitipkan secebis doa untuk kesihatan dan kejayaan cik su.

Pesan terakhir, selagi ada insan bergelar ibu dan bapa...hargailah mereka, sayangilah mereka.

~ cik su menarikan tinta ~

No comments:

Post a Comment

Popular Post