Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua. Keluar jalan2 ke hari ni? Cik su tak kemana pun hari ni, stay kat rumah je sebab en.ketua rumah keje.
Sebab dah bosan sangat sorang2 kat rumah, anak asuhan pun tak datang hari ni, maka ter'rajin' la sikit belek2 buku2 dan majalah2 lama. Dalam dok belek2 tu ada satu artikal ni macam menarik perhatian cik su...maklum la ttcians ni kalau bab2 subur ni laju je nak baca kan.
Apa yang cik su baca, punca utama pasangan masih gagal mendapatkan cahaya mata adalah masalah kesuburan. Tetapi, jika pengambilan makanan tambahan yang tepat, tahap kesuburan mungkin boleh dirangsang.
Antara vitamin yang membantu tahap kesuburan adalah vitamin E. Vitamin E merupakan vitamin dari golongan garam organik yang larut dalam lemak(minyak). Ianya juga dipanggil tokoferol yang membawa maksud vitamin yang bermanfaat untuk meningkatkan kesuburan.
Vitamin E ini terdapat hampir dalam kesemua bahan makanan terutama sekali dalam minyak biji-bijian malah ianya juga boleh diperolehi melalui proses sintesis.
Kekurangan vitamin E dalam tubuh juga boleh mengakibatkan pelbagai penyakit tanpa mengira usia. Jika wanita hamil yang kekurangan vitamin e ini mungkin akan mengakibatkan keguguran kerana kandungan lemah.
Jika lelaki pula,kekurangan vitamin E ini mungkin akan menyebabkan kemandulan. Jadi tidak hairan la vitamin E digunakan dalam perubatan bagi merawat kemandulan.
Kebetulan juga shaklee pun memang ada mengeluarkan vitamin E, jadi tak salah kan kalau kita berikhtiar. Mana nak tau ianya dijadikan asbab untuk para ttcians. Usaha, doa, tawakkal...insyaallah...
No comments:
Post a Comment