Aku...
Aku bertuah
Tubuhku sentiasa dipeluk dipegang kemas
Wajahku dioles dibelai setiap masa
Itulah aku
Sentiasa diberi perhatian
Untung nasibku
Makanmu ada aku
Tidurmu aku disisi
Kerjamu aku temani
Aku disayangi
Aku punca rezeki
Aku pengikat kasih sayang
Aku pembantu dikala buntu
Aku jua teman disaat sunyi
Namun aku
Punca runtuhnya akhlakmu
Telah ku jauhkan mereka yang kau dekat
Meretakkan hubungan yang terbina
Aku juga
Mendinginkan ikatan yang terjalin
Ya...
Itulah aku
Sebuah telefon
Baik niatmu mengabdikan aku
Tebalas baiklah hasil dariku
Buruk citamu menggunakan ku
Jahanamlah penyudah balasan
Gunalah aku sebaiknya
Usah jadi hamba kepadaku
Jangan melalaikan diri kerana aku
~ cik su berpuisi ~
No comments:
Post a Comment