Assalamualaikum...
Pernah dengar tak 'lawa'? Bukan cantik tau, tapi sejenis lauk yang di buat dari ikan mentah.
Biasanya lauk lawa ni femes dalam kalangan nelayan. Lauk yang mudah tak perlu masak pun.
Kat sini cik su nk bagi resepi gaya cik su. Kalau yang betul2 nelayan biasanya tak rumit diorang cincang2 ikan kemudiah perah limau, dah siap. Tapi yang cara cik su ni rumit sikit sebab dari kecil arwah mak cakap ayah lagi suka makan yang rumit ni.
BAHAN-BAHAN
🐟 Ikan selayang/tamban, ambik isi sahaja (cik su guna 5 ekor je utk 3org makan)
🍋 3-4 biji mangga muda yang masam, kupas kulit dan cincang halus untuk senang lumat/limau nipis
🌶 Cili padi ikut tahap kepedasan anda. Cik su letak sebiji je sebab x suka pedas
🌾 1 batang serai dihiris
🍄 1-2 ulas bawang merah dihiris
🌱 sedikit kacang panjang, pucuk serai kayu, kesum(hiris halus2)
Bahan utama |
Isi ikan yang telah siap dibuang tulang dan kulit nipis dicincang bersama mangga( untuk mudah lumat).
Isi ikan yang dah siap dicincang dengan mangga |
Dah lumat, masukkan isi ikan bersama mangga muda tadi. Tumbuk hingga lumat.
Pastikan cukup masam kalau tak isi ikan tadi tak masak. Nak tahu masak atau tak isi ikan itu adalah dari segi warna, bila betul2 masak isi ikan akan berubah jadi warna putih.
Kalau rasa mangga tak cukup masam boleh je perah limau nipis. Kalau gantikan mangga dengan limau pun boleh je. Jika nak guna limau, masa tumbuk ikan tu perah la limau skali.
Dah siap tumbuk dan yakin masak boleh la dihidangkan dengan ulam2 tadi. Gaulkan je semua ulam dan lawa tu.
Tapi cik su lagi suka asing2 kan sebab ayah tak suka ulam sebab dah tak ada gigi😂
Taraaaa...lawa yang dah siap tapi ulam tu sejenis je, yang lain tak de stok |
No comments:
Post a Comment