Assalamualaikum...
Ada tak kawan2 cik su yang sedang 'berdiet' tapi berat still sama je malah kadang-kadang rasa macam makin naik timbangan la pula (cik su la tu). Cuba cek balik betul tak cara kita berdiet tu?
Jom cik su share antara amalan diet yang konon2 kita buat tu dah betul tapi hakikatnya diet kita tu 'kelaut'.
🍱 SKIP WAKTU MAKAN TERTENTU
❎Amalan ini yang paling kerap diamalkan mereka yang berdiet. Takut untuk kerap makan sehingga mengabaikan sarapan pagi atau makan malam. Sedangkan seperti yang diketahui, sarapan sangat penting sebagai sumber tenaga utama.
Makan secara teratur tiga kali sehari akan meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu mengurangkan berat badan kerana proses pembakaran lemak lebih senang terjadi.
✅Yang sepatutnya, bukan kurangkan waktu makan tapi kurangkanlah jumlah pengambilan makanan seharian kita tu.
🍔HADKAN KELOMPOK MAKANAN
❎Ada yang menyarankan supaya mereka yang berdiet untuk tidak makan karbohidrat atau lemak dan hanya buah-buahan atau sayur-sayuran sahaja. Ini tidak baik untuk kesihatan sebenarnya kerana tubuh juga memerlukan vitamin dan mineral. Tambahan pula dalam usia remaja.
✅Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada yang langsung tidak berlemak. Ini kerana badan kita memerlukan kalori dan nutrien yang seimbang untuk kesihatan
🥗MAKAN BANYAK SALAD
❎Wow, bestnya makan salad lepas tu letak mayonis banyak-banyak, memang sesuai untuk diet. Tapi....anda kaji tak lemak yang terkandung dalam mayonis tu? Biasanya lemak dalam mayonis memang cukup tinggi.
✅salad memang bagus tapi anda perlulah memilih cara penyediaan yang betul.
💟MENGURANGKAN PENGAMBILAN KALORI
❎Setiap kali nak makan nak kira dulu jumlah kalori yang diambil takut2 mencecah beribu kcal. Yang eloknya setelah ditolak campur mesti kurang dari 1000kcal.
✅Tapi....salah tau semua tu. Sebenarnya seorang perempuan memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari manakala lelaki pula sebanyak 2500 kalori. Kekurangan kalori sekitar 1000 atau kurang boleh menyebabkan anemia tau.
⛹🏻♀TIDAK BERSENAM
❎Dah kurangkan makan yang berlemak, dah kurangkan pengambilan makanan, buat apa nak bersenam lagi. Memang kelaut diet anda.
✅Tahu tak yang sebenarnya senaman akan meningkatkan metabolisma badan dan akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dan kalori. Bila dah cepat terbakar cepat la berat turun.
🍎JOM DIET SIHAT DENGAN SHAKLEE🍎
🥛🥞ESP
🍒Takut sangat nak sarapan bimbang bertambah lemakkan? Cuba amalkan sarapan dengan ESP kerana ESP ni boleh membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa lapar walaupun berpuasa. Pengambilan ESP juga akan merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya. So lepas ni jangan skip sarapan lagi tau.
🍏LECITHIN
🍒Lecithin ni fungsinya untuk memecahkan lemak dan boleh membersih salur darah. Pengambilannya juga dapat mengemulsi dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh. Dan yang paling best pengambilannya dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang.
🐟 OMEGA GUARD
🍒Membantu proses memecahkan lemak lama dalam tubuh seperti di bawah kulit, di dalam hati, di dalam salur darah, lemak yang menyalaputi luar organ selain membantu mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan membakar lemak untuk tenaga. Omega 3 juga terbukti menaikkan metabolisma dan membakar 40% lebih banyak lemak bila bersenam.
🍏ALFAFA COMPLEX
🍒Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan OmegaGuard. Alfalfa Complex bagus untuk wanita mahupun lelaki
🍏HERBLAX
🍒membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum
Tapi apa yang paling utama sekali dalam usaha untuk diet ni adalah pengambilan air yang cukup. Air kosong tau bukan air milo. Seeloknya cuba untuk minum dua hingga tiga liter air sehari.
Semoga selepas ni diet cik su dah tak kelaut dah. Usaha tangga kejayaan. Nak cuba shaklee cik su sedia membantu.💖
No comments:
Post a Comment