Assalamualaikum
Setiap manusia yang hidup pasti akan melalui usia tua jika dipanjangkan umur. Sama juga macam cik su, satu hari nanti akan meniti usia tua ini.
Tapi yang menjadi ketakutan setiap wanita sekarang ialah TUA SEBELUM WAKTUNYA. Sebenarnya kan, gaya hidup seharian kita yang banyak mempengaruhi diri kita.
Pengambilan minuman keras dan merokok misalnya. Malahan pengambilan makanan berlemak berlebihan dan diet yang tidak seimbang antara faktor tua sebelum usia.
Bagi wanita yang dah berusia 30 an, jangan dok sibuk memanjang tau. Kalau boleh curilah walau sedikit masa untuk merawat dan memanjakan diri sendiri. Tahu tak cara nak kekal muda ni? Kalau tak tahu jom cuba tips ni
1* KAWAL PEMAKANAN
Banyakkan makanan berserat tinggi, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan makanan ringan.
2*MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan vitamin sangat digalakkan kerana faktor kesibukan kerja dan di rumah membuatkan wanita jarang mengamalkan makanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin sangat membantu.
3*PELEMBAB YANG SESUAI
Keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang bila kita menjangkau usia 30an. Oleh itu krim pelembab sangat diperlukan. Carilah yang sesuai dengan kulit muka.
4*SENTIASA BERSENAM
Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur kerana bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan.
5*MINUM BANYAK AIR
Air adalah aset penting untuk melambatkan gejala penuaan dan kekeringan. Kekurangan air menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit
6*AMALKAN TIDUR YANG CUKUP
Tetapkan waktu untuk tidur akan mendisiplinkan diri untuk anda mendapat rehat yang secukupnya.
7*CUBA ELAKKAN SINAR UV
Pendedahan yang lama terhadap sinar uv akan menggelapkan kulit malahan mengurangakan kelembapan kulit. Jadi jangan biarkan muka kita terdedah kepada sinar uv dalam jangka masa panjang. Kalau boleh pakailah krim penghalang uv.
8*ELAKKAN BERMEKAP TEBAL
Wanita 30an seeloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Penggunaan lipstik yang berwarna garang dan bedak asas yang tebal membuatkan wanita nampak lebih tua dan garang.
9*POSITIF
Perlu mengamalkan sikap positif dan ceria sentiasa dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
Jadi untuk mengelakan diri kita dilanda masalah TUA SEBELUM WAKTUNYA, tak salah rasanya kita mempraktikan tips2 yang telah cik su kongsikan tu. Cik su pun dah masuk three series ni, memang sangat2 perlu untuk amalkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda juga.
No comments:
Post a Comment