Wednesday, 20 September 2017

PUNCA DIET TIDAK BERKESAN

Assalamualaikum...

Ada tak kawan2 cik su yang sedang 'berdiet' tapi berat still sama je malah kadang-kadang rasa macam makin naik timbangan la pula (cik su la tu). Cuba cek balik betul tak cara kita berdiet tu?
Jom cik su share antara amalan diet yang konon2 kita buat tu dah betul tapi hakikatnya diet kita tu 'kelaut'.

🍱 SKIP WAKTU MAKAN TERTENTU

❎Amalan ini yang paling kerap diamalkan mereka yang berdiet. Takut untuk kerap makan sehingga mengabaikan sarapan pagi atau makan malam. Sedangkan seperti yang diketahui, sarapan sangat penting sebagai sumber tenaga utama.
Makan secara teratur tiga kali sehari akan meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu mengurangkan berat badan kerana proses pembakaran lemak lebih senang terjadi.
✅Yang sepatutnya, bukan kurangkan waktu makan tapi kurangkanlah jumlah pengambilan makanan seharian kita tu.

🍔HADKAN KELOMPOK MAKANAN

❎Ada yang menyarankan supaya mereka yang berdiet untuk tidak makan karbohidrat atau lemak dan hanya buah-buahan atau sayur-sayuran sahaja. Ini tidak baik untuk kesihatan sebenarnya kerana tubuh juga memerlukan vitamin dan mineral. Tambahan pula dalam usia remaja.
✅Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada yang langsung tidak berlemak. Ini kerana badan kita memerlukan kalori dan nutrien yang seimbang untuk kesihatan

🥗MAKAN BANYAK SALAD

❎Wow, bestnya makan salad lepas tu letak mayonis banyak-banyak, memang sesuai untuk diet. Tapi....anda kaji tak lemak yang terkandung dalam mayonis tu? Biasanya lemak dalam mayonis memang cukup tinggi.
✅salad memang bagus tapi anda perlulah memilih cara penyediaan yang betul.

💟MENGURANGKAN PENGAMBILAN KALORI

❎Setiap kali nak makan nak kira dulu jumlah kalori yang diambil takut2 mencecah beribu kcal. Yang eloknya setelah ditolak campur mesti kurang dari 1000kcal.
✅Tapi....salah tau semua tu. Sebenarnya seorang perempuan memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari manakala lelaki pula sebanyak 2500 kalori. Kekurangan kalori sekitar 1000 atau kurang boleh menyebabkan anemia tau.

⛹🏻‍♀TIDAK BERSENAM

❎Dah kurangkan makan yang berlemak, dah kurangkan pengambilan makanan, buat apa nak bersenam lagi. Memang kelaut diet anda.
✅Tahu tak yang sebenarnya senaman akan meningkatkan metabolisma badan dan akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dan kalori. Bila dah cepat terbakar cepat la berat turun.

🍎JOM DIET SIHAT DENGAN SHAKLEE🍎

🥛🥞ESP
🍒Takut sangat nak sarapan bimbang bertambah lemakkan? Cuba amalkan sarapan dengan ESP kerana ESP ni boleh membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa  lapar walaupun berpuasa. Pengambilan ESP juga akan merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya. So lepas ni jangan skip sarapan lagi tau.

🍏LECITHIN
🍒Lecithin ni fungsinya untuk memecahkan lemak dan boleh membersih salur darah. Pengambilannya juga dapat mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh. Dan yang paling best pengambilannya dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang.

🐟 OMEGA GUARD
🍒Membantu proses memecahkan lemak lama dalam tubuh seperti di bawah kulit, di dalam hati, di dalam salur darah, lemak yang menyalaputi luar organ selain membantu mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan membakar lemak untuk tenaga. Omega 3 juga terbukti menaikkan metabolisma dan membakar 40% lebih banyak lemak bila bersenam.

🍏ALFAFA COMPLEX
🍒Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan OmegaGuard. Alfalfa Complex bagus untuk wanita mahupun lelaki 

🍏HERBLAX
🍒membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum

Tapi apa yang paling utama sekali dalam usaha untuk diet ni adalah pengambilan air yang cukup. Air kosong tau bukan air milo. Seeloknya cuba untuk minum dua hingga tiga liter air sehari.

Semoga selepas ni diet cik su dah tak kelaut dah. Usaha tangga kejayaan. Nak cuba shaklee cik su sedia membantu.💖

Saturday, 9 September 2017

VITAMIN E TAMBAH KESUBURAN

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua. Keluar jalan2 ke hari ni? Cik su tak kemana pun hari ni, stay kat rumah je sebab en.ketua rumah keje.

Sebab dah bosan sangat sorang2 kat rumah, anak asuhan pun tak datang hari ni, maka ter'rajin' la sikit belek2 buku2 dan majalah2 lama. Dalam dok belek2 tu ada satu artikal ni macam menarik perhatian cik su...maklum la ttcians ni kalau bab2 subur ni laju je nak baca kan.

Apa yang cik su baca, punca utama pasangan masih gagal mendapatkan cahaya mata adalah masalah kesuburan. Tetapi, jika pengambilan makanan tambahan yang tepat, tahap kesuburan mungkin boleh dirangsang.

Antara vitamin yang membantu tahap kesuburan adalah vitamin E. Vitamin E merupakan vitamin dari golongan garam organik yang larut dalam lemak(minyak). Ianya juga dipanggil tokoferol yang membawa maksud vitamin yang bermanfaat untuk meningkatkan kesuburan.

Vitamin E ini terdapat hampir dalam kesemua bahan makanan terutama sekali dalam minyak biji-bijian malah ianya juga boleh diperolehi melalui proses sintesis.

Kekurangan vitamin E dalam tubuh juga boleh mengakibatkan pelbagai penyakit tanpa mengira usia. Jika wanita hamil yang kekurangan vitamin e ini mungkin akan mengakibatkan keguguran kerana kandungan lemah.

Jika lelaki pula,kekurangan vitamin E ini mungkin akan menyebabkan kemandulan. Jadi tidak hairan la vitamin E digunakan dalam perubatan bagi merawat kemandulan.

Kebetulan juga shaklee pun memang ada mengeluarkan vitamin E, jadi tak salah kan kalau kita berikhtiar. Mana nak tau ianya dijadikan asbab untuk para ttcians. Usaha, doa, tawakkal...insyaallah...

Wednesday, 6 September 2017

9 TIPS ATASI TUA SEBELUM WAKTUNYA

Assalamualaikum

Setiap manusia yang hidup pasti akan melalui usia tua jika dipanjangkan umur. Sama juga macam cik su, satu hari nanti akan meniti usia tua ini.

Tapi yang menjadi ketakutan setiap wanita sekarang ialah TUA SEBELUM WAKTUNYA. Sebenarnya kan, gaya hidup seharian kita yang banyak mempengaruhi diri kita.

Pengambilan minuman keras dan merokok misalnya. Malahan pengambilan makanan berlemak berlebihan dan diet yang tidak seimbang antara faktor tua sebelum usia.

Bagi wanita yang dah berusia 30 an, jangan dok sibuk memanjang tau. Kalau boleh curilah walau sedikit masa untuk merawat dan memanjakan diri sendiri. Tahu tak cara nak kekal muda ni? Kalau tak tahu jom cuba tips ni

1*  KAWAL PEMAKANAN
Banyakkan makanan berserat tinggi, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan makanan ringan.

2*MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan vitamin sangat digalakkan kerana faktor kesibukan kerja dan di rumah membuatkan wanita jarang mengamalkan makanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin sangat membantu.

3*PELEMBAB YANG SESUAI
Keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang bila kita menjangkau usia 30an. Oleh itu krim pelembab sangat diperlukan. Carilah yang sesuai dengan kulit muka.

4*SENTIASA BERSENAM
Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur kerana bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan.

5*MINUM BANYAK AIR
Air adalah aset penting untuk melambatkan gejala penuaan dan kekeringan. Kekurangan air menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit

6*AMALKAN TIDUR YANG CUKUP
Tetapkan waktu untuk tidur akan mendisiplinkan diri untuk anda mendapat rehat yang secukupnya.

7*CUBA ELAKKAN SINAR UV
Pendedahan yang lama terhadap sinar uv akan menggelapkan kulit malahan mengurangakan kelembapan kulit. Jadi jangan biarkan muka kita terdedah kepada sinar uv dalam jangka masa panjang. Kalau boleh pakailah krim penghalang uv.

8*ELAKKAN BERMEKAP TEBAL
Wanita 30an seeloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Penggunaan lipstik yang berwarna garang dan bedak asas yang tebal membuatkan wanita nampak lebih tua dan garang.

9*POSITIF
Perlu mengamalkan sikap positif dan ceria sentiasa dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

Jadi untuk mengelakan diri kita dilanda masalah TUA SEBELUM WAKTUNYA, tak salah rasanya kita mempraktikan tips2 yang telah cik su kongsikan tu. Cik su pun dah masuk three series ni, memang sangat2 perlu untuk amalkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda juga.

SAMBAL TOK TOK DAN RESDUNG

Assalamualaikum... nak masak apa ye? Nak makan apa ye? Pernah tak anda macam ni? Kalau pernah kita geng. Dilema kan bagi seorang suri rumah bila tiba masa nak masak. Hari2 masalah sama saja berulang. Bila tanya isi rumah nak makan apa hari ni? 'Masak la apa2 pun kami makan je'. Masak apa2 je tu la yang jadi masalah sebenarnya.

Biasanya bila situasi macam ni terjadi cik su akan masak benda yang simple tapi sangat2 yakin en.ketua rumah akan bertambah-tambah nasi. Biasanya sambal tok tok la yang menjadi pilihan sebab senang dan memang pembuka selera. Tak ada lauk lain pun tak apa.

Kalau makan tu memang sangat sedap kadang-kadang tak sedar tambah nasi berkali kali. En.ketua rumah pun macam tu la juga. Tapi yang jadi tak sedapnya, bagi yang ada masalah resdung macam cik su ni la...sebab dalam sambal tok tok tu ada paduan terbaik bilis dan belacan. lepas makan tu mesti gatal2 muka dan mula la bersin non stop.

Penat juga la menggaru kadang2 sampai calar2 muka ni. Bersin tak payah cakap la sampai bergegaq rumah. Solusi cik su biasanya terpaksa ambil ubat selsema atau ubat alahan/gatal. Tapi risau juga kan kalau ambil ubat tu berterusan.

Tapi sekarang cik su dah tak bergantung kepada ubat-ubatan lagi dah. Selepas diperkenalkan dengan set resdung shaklee, Alhamdulillah kalau salah makan pun dah tak ada dah bersin non stop, hanya bersin dua or 3 kali je lepas tu dah okey.

Bagi mereka yang sama macam cik su ada penyakit resdung ni, tiga supplements ni highly recommended untuk anda consume.
.
🌸 Alfalfa Complex
👉Mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung ( sinuisitis)
👉 Kaya dengan sumber klorofil yang membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives), dan resdung (sinuisitis) .
👉Penghidap penyakit SLE tak digalakkan mngambil Alfalfa sebagai suppliment .
.
🌸 B Complex
👉Kandungan B6 dalam B Complex berperanan untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan
👉Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka
👉Membantu dalam membina protien dalam tubuh .
.
🌸 Vitamin C
👉Sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan menghadapi serangan penyakit
👉Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh
👉Memastikam proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna .

RESEPI SAMBAL TOK TOK

Kat sini cik su sertakan resepi sambal tok tok yang terangkat ni bagi yang masih belum mencuba. Dah cuba jangan marahkan cik su tau kalau diet anda ke laut.

~Segenggam ikan bilis, basuh goreng garing
~Sebiji bwg besar hiris kasar*
~ cili api (ikut tahap kepedasan yang anda suka, dalam 10-15biji)*
~2 btg cili merah patah2kan*
~Sesikit belacan *
~1 biji tomato*
~Sedikit asam limau

CARA-CARA

Goreng je semua bahan bertanda * hingga layu

Kemudian angkat & tumbuk bersama ikan bilis, jangan terlalu halus dan kasar, biar sedang2 je. Lepas tu boleh la perhkan limau sikit untuk ada rasa masam2.

Boleh tmbah sesikit gula & garam kalau suka. Tapi cik su tak letak garam sebab bilis kan dah masin.

Selamat mencuba. Kalau gatal2 dan bersin2 tu cepat2 la cari cik su di talian 011-12430922 untuk dapatkan set resdung yang ohsem ni.

Monday, 4 September 2017

TANGAN MENGGELUPAS SELEPAS RAYA

Assalamualaikum, macamana sambutan hari raya qurban kalian? Mesti seronok kan? Alkisahnya pada hari raya baru2 ni, cik su dipaksa rela untuk mencuci 'perut lembu' sebab yang profesional bahagian ni tidak beraya dikampung. Ada yang tak tahu ke perut lembu tu? Ala, yang selalu kita buat air asam tu la.

Nak basuh benda alah tu kena gunakan kapur makan. Maka bermain-main la cik su dengan kapur dan perut tu sampai bersih. Esoknya pagi2 lagi bangun sebab nak gerak hantar anak buah daftar universiti di Puncak Alam. Tapi yang azabnya, tapak tangan cik su dah menggelupas(kiri dan kanan) dan pedih. Untuk pengetahuan, benda ni jadi sebabkan kapur tu la.

Tengah bersiap-siap tu dah terniat nak bawa bersama krim ajaib HERBAL BLEND tu. Dah sampai sana rupa-rupanya hanya niat je la yang dibawanya, krim tu tinggal. (Kena bebel dengan shuben). Makanya bertabahlah diri ini menahan pedihnya tangan tu.

Esoknya lepas pendaftaran terus balik. Sampai kampung petang tu terus cari krim ajaib tu letak kat tapak tangan.

Alhamdulillah, sehari je pakai kesan menggelupas tu totally hilang. Wah.. memang seronok, kesan pedih pun dah kurang.

Sebab tu kalau boleh krim ajaib HERBAL BLEND  ni wajib ada untuk setiap rumah. Memang terbaik untuk kulit kering malahan tersangat sesuai untuk ruam2 bayi dan gigitan nyamuk.

Kalau nak krim ajaib ni dan nak tahu apa kebaikannya sila la cari cik su ye.

Popular Post