Lately, banyak berita dimedia media massa yang menyiarkan tentang penarikan balik beberapa produk kecantikan dalam pasaran kerana dipercayai mengandungi bahan terlarang atau lebih tepat lagi racun berjadual yang berbahaya seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
Dengan tersiarnya berita seumpama ini dan amaran dari kementerian kesihatan itu sendiri, adakah pengguna berhenti menggunakan produk berbahaya ini?
Jawapannya sangat menyedihkan kerana masih ramai pengguna yang membutakan mata dan memekakkan telinga walaupun tahu bahaya yang terkandung. Ini lantaran kerana terlalu taksub untuk mendapatkan kulit yang cantik, mulus, tulus, fulus dalam masa yang singkat. Dek kerana ingin cantik, bahaya yang mendatang ditolak tepi.
KESAN PENGGUNAAN RACUN BERJADUAL
MERKURI
Ianya boleh diserap kedalam badan melalui kulit. Merkuri ini boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan sistem saraf. Yang lebih menyedikan adalah bayi yang dikandung juga tertedah bahaya malah perkembangan otak bayi juga akan terganggu.
HYDROQUINONE
Penggunaannya boleh menyebabkan kulit berubah warna dan merah. Kulit juga menjadi sangat nipis dan kadar perlindungan terhadap sinar uv juga sangat berkurngan. Hal ini boleh mendedahkan pengguna kepada risiko kanser kulit.
TRETINOIN
Penggunaanya akan menyebabkan kulit mrnjadi pedih malah boleh menggelupas dan sangat sensitif dengan cahaya matahari. Yang lebih teruk kulit akan melecur.
Ayuhlah pengguna, jadilah pengguna bijak. Pilih produk yang berdaftar dan di iktiraf oleh badan berkenaan. Kalau boleh belilah produk yang dijual difarmasi dan drugstores. Memang sedikit memakan masa untuk nampak hasilnya, tetapi adalah lebih baik dari merana dikemudian hari.
Adios
~ tarian tintaku ~
No comments:
Post a Comment