Tuesday, 30 January 2018

KEDAI BARANG PERKAHWINAN

Assalamualaikum...

Setiap orang mesti ada impian untuk majlis perkahwinan mereka nantikan? Ada yang nak majlis simple je, ada juga yang nak majlis yang grand meletopss kebaboommm... ini terpulang kepada individu itu sendiri.

Bab majlis perkahwinan ni cik su excited lebih sikit. Tak tahu la kenapa, mungkin sebab dulu pernah pasang impian nak buka butik pengantin kot. 

Tahun 2018 ni, seorang anak buah cik su akan mendirikan rumah tangga. Majlis dia nanti kiranya majlis pertama untuk kakak cik su yang sulung.

Lambat lagi majlisnya, bulan april belah perempuan dan bulan jun belah cik su. Tapi memandangkan semua benda pun perlu bajetkan... kami (cik su, kakak no.8 dan bakal pengantin) dah beli dulu barang untuk buat hantaran.

Kat sini cik su nak recommend kan kat bakal2 pengantin. Kalau nak d.i.y barang hantaran tu, silalah ke era nona kubang kerian (kelantan). Cawangan lain cik su tak tau la sama macam ni ke tak.

Kenapa? Sebabnya kerja2 memilih bahan jadi senang dengan bantuan staf. Kebetulan kot kami dapat jurujual yang sangat ramah dan 'mudah baso'. Dari awal dia yang banyak tolong dan bagi idea.

Kami cakap je nak konsep macam tu dan macam ni, dia yang tolong untuk mix match kan segala jenis bunga, ribbons, dan macam2 lagi la. Yang bestnya bila kami (cik su & kakak) yang sikit old school ni pilih, mula la dia komen, itu tak sesuai ini tak cantik.

Yes, diakui zaman dah berubah dan pemilihan warna juga dan tak sama macam zaman cik su tujuh tahun lepas. Mujur la ada adik jurujual ni, tapi cik su tak perasan pula nama dia apa. Sangat berterima kasih sebab siap buat tutorial lagi kat kami macamana cara nak letak bunga dan riben kat bekas hantaran tu.

Tak sabar sebenarnya nak d.i.y bekas2 hantaran ni. Tapi nak tunggu kakak cik su cuti sekolah dulu buat sama2 baru la seronok, tukar2 idea.

Ok la dulu untuk entry ni, nanti kalau dah start buat cik su update ye. Bulan depan insyaallah kami akan survey pula tempat untuk beli goodies. Nanti cik su coretkan pula pasal goodies ye

Saturday, 27 January 2018

ASID FOLID DAN KEHAMILAN

Assalamualaikum...

Tadi dok scrol2 muka buku adalah ternampak status kawan yang 'done' ujian saringan hiv untuk berkahwin. Terimbas pula kenangan cik su buat ujian sama tujuh tahun lepas (dah tujuh tahun ke)

Masa sedang tunggu keputusan tu sempat la nurse yang ambil darah tu sembang dengan cik su. Dah siap keluar result dan bagi sikit nasihat tentang hiv dia cakap nanti dia akan bagi asid folid untuk cik su.

Haaa? Masa tu macam terkezut monyet la sikit kan. Maklum la, adik beradik cik su semua dah kahwin so tahu la yang asid folid ni ibu2 mengandung yang selalu makan. Ape kes pula nurse ni nak bagi iolls makan. Iolls dara trang tang tang lagi tau.

Nurse tu macam perasan kot muka cik su macam blur masa tu. So ni ayat dia bagi" awak kahwin ni nanti nak anak kan? Awak nak tak kalau anak awak nanti tak sempurna?. Asid folid ni sebagai persediaan awal untuk bakal baby awak nanti untuk mengurangkan risiko kecacatan. Lagipun awak tak tahu kan bila masa awak akan hamil". (Tak hamil2 pun lagi hihihi)

Kisahnya...tu la cik su oi, tau sangat yang kakak2 dan kakak2 ipar yang hamil makan asid folid ni tapi tak pernah nak ambil tahu pun fungsi sebenar asid folid ni. Tapi itu dulu la sebelum dapat asid folid free dari klinik kesihatan. Sekarang dah tahu dah ye.. hehehe

APA ITU ASID FOLID

Asid folid ialah vitamin semula jadi yang mempunyai pelbagai faedah penggunaan. Disebut juga sebagai folate yang sangat diperlukan untuk membina sel baru dalam tubuh.

Ianya penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Bayi dalam rahim sangat memerlukan asid folid untuk membina sel-sel yang baru.

KEPENTINGAN ASID FOLID

MENGURANGKAN  RISIKO KECACATAN SARAF TUNJANG (SPINAL BIFIDA)

MENGURANGKAN RISIKO KEGUGURAN DAN KELAHIRAN PRAMATANG SERTA RISIKO ANEMIA

MENAMBAH KEPEKATAN HEMOGLOBIN DALAM DARAH (HB)

Asid folid boleh diambil oleh semua wanita yang berumur 14 hingga 40 tahun yang merancang untuk hamil. Selain itu ibu yang pernah ada sejarah kelahiran anak dengan kecacatan saraf tunjang juga memerlukan asid folid ini.

Setiap wanita memerlukan 0.4 mg dos asid folid sehari. Manakala wanita hamil pula diantara 600 hingga 800mg sehari.

Sebenarnya shaklee juga mengeluarkan produk yang mengandungi asid folid ini iaitu b complex yang sangat disyorkan untuk ibu hamil dan yang merancang untuk hamil.

Friday, 26 January 2018

BAHAYA MERKURI, HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

Lately, banyak berita dimedia media massa yang menyiarkan tentang penarikan balik beberapa produk kecantikan dalam pasaran kerana dipercayai mengandungi bahan terlarang atau lebih tepat lagi racun berjadual  yang berbahaya seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

Dengan tersiarnya berita seumpama ini dan amaran dari kementerian kesihatan itu sendiri, adakah pengguna berhenti menggunakan produk berbahaya ini?

Jawapannya sangat menyedihkan kerana masih ramai pengguna yang membutakan mata dan memekakkan telinga walaupun tahu bahaya yang terkandung. Ini lantaran kerana terlalu taksub untuk mendapatkan kulit yang cantik, mulus, tulus, fulus dalam masa yang singkat. Dek kerana ingin cantik, bahaya yang mendatang ditolak tepi.

KESAN PENGGUNAAN RACUN BERJADUAL

MERKURI
Ianya boleh diserap kedalam badan melalui kulit. Merkuri ini boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang dan sistem saraf. Yang lebih menyedikan adalah bayi yang dikandung juga tertedah bahaya malah perkembangan otak bayi juga akan terganggu.

HYDROQUINONE
Penggunaannya boleh menyebabkan kulit berubah warna dan merah. Kulit juga menjadi sangat nipis dan kadar perlindungan terhadap sinar uv juga sangat berkurngan. Hal ini boleh mendedahkan pengguna kepada risiko kanser kulit.

TRETINOIN
Penggunaanya akan menyebabkan kulit mrnjadi pedih malah boleh menggelupas dan sangat sensitif dengan cahaya matahari. Yang lebih teruk kulit akan melecur.

Ayuhlah pengguna, jadilah pengguna bijak. Pilih produk yang berdaftar dan di iktiraf oleh badan berkenaan. Kalau boleh belilah produk yang dijual difarmasi dan drugstores. Memang sedikit memakan masa untuk nampak hasilnya, tetapi adalah lebih baik dari merana dikemudian hari.

Adios

~ tarian tintaku ~


Thursday, 25 January 2018

PENGEDAR SHAKLEE BACHOK



Assalamualaikum wbt. 

Hai semua, ada tak yang ada masalah vitamin shaklee dah tinggal nyawa2 ikan je. Dah surut sangat2 dah. Tapi terlupa la pula nak order awal2. Nak tunggu pos memang makan masa la kan. Dua or tiga hari baru sampai. 

Haa.. jangan risau..ni nak bagitau... kalau anda dok sekitar bachok atau kota baru, boleh hubungi cik su je. Nanti cik su hantar di depan rumah anda

Cik su ada pengedar sah shaklee sekitar bachok dan kota baru.


Wednesday, 24 January 2018

Rahsia Awet Muda

Assalamualaikum...

Bila umur dah masuk angka tiga ni mula la rasa nak start awet muda. Tapi semua benda dah tersuntik vitamin 'M'. Nak tepek2 muka malas, apatah lagi nak telan bermacam jenis pil itu, vitamin ini.

Leceh sangat rasanya nak menghadap cermin nak tepek2 segala mak nenek krim kat muka. Tambah2 kalau yang punya anak kecik kan. Baru nak pegang botol krim je yang tu melalak, nk buka penutup yang ini menjerit.. last2 tinggal cenggitu je la krim nya. Maka bertambah aktif lah vitamin 'M' tu kan.

Bestla kan kalau ada satu je supplement yang boleh atasi semua. Nak cantik boleh, nak sihat lagi lah la boleh. Tapi mana nak dapat supplement macam ni kan?

Eh!! Memang ada la awak... rupa2nya vivix boleh lah buat semua tu. Makan untuk awet muda, alamak... effect lain plak yang dapat. Kesihatan makin baik uolls.


Nak cuba vivix ni boleh la roger2 cik su ye. 






Thursday, 18 January 2018

FUNGSI CoQ 10

KEHEBATAN COQ-TROL YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK SUPPORT KESIHATAN IBUBAPA ANDA.

CoQ10 bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga dalam setiap sel. CoQ10 ini terdapat dalam mitokondria kita.

Untuk top up coQ10 dalam badan, kita perlu makan 100mg coQ10 yang bersamaan dengan 100 sudu makan minyak kanola, 3.3kg kacang, 3kg daging merah dan 100 cawan brokoli. Memang tiada yang sanggup makan kuantiti begini banyak setiap hari.

Jadi bagaimana CoQ-Trol ini mampu membantu kesihatan ibubapa kita?

1. Ibubapa akan lebih fokus.

2. CoQ-Trol bantu kurangkan risiko nyanyuk dan parkinson.

3. Ingatan ibubapa kita akan lebih kuat.

4. Menjaga kesihatan jantung ibubapa kita.

5. Menjaga tahap kolestrol.

6. Menjaga kesihatan kulit.

7. Memberi tenaga berpanjangan.

Kesihatan adalah hadiah terbaik untuk ibubapa anda. Tunggu apa lagi, rebut peluang beli CoQ-Trol bulan ini.

Nak dapatkan produk hebat ni boleh la hubungi cik su ye

011-12430922

Sunday, 14 January 2018

BABY SITTER

Assalamualaikum...

Lately selalu dengar kat media massa tentang baby meninggal dalam jagaan 'bs' kan? Cik su yang juga seorang baby sitter pun memang amat terkesan dengan berita macam ni.

Takut, risau, semua benda bermain dalam minda. Alhamdulillah.. setakat ni mampu menjalankan amanah dengan sempurna. Doakan cik su istikomah dan sentiasa sabar ye.

Ni ada sedikit tip cik su nak kongsikan untuk anda yang mungkin nak mengasuh jugakeennn.

1. IKHLAS DAN SEDIA MENTAL FIZIKAL
Nak jadi babysitter ni bukan mudah ye puan2 dan tuan2. Janganlah sebab uolls nak jadi 'bs' semata mata kerana tiada kerja tapi not ready mental and fizikal untuk menjaga amanat orang. Kalau buat kerja secara terpaksa memang anda akan rasa terbeban. Sebabkan bebanan ni la anda buat kerja pun ala kadar je.

2.ANGGAP ANAK SENDIRI
Anggaplah anak yang anda asuh tu umpama anak anda sendiri. Kalau dah anak sendiri mestilah kita nak jaga dia sebaik mungkinkan? Kalau yang ada anak2 sebaya dengan anak asuhan janganlah membeza bezakan mereka. Contohnya bila anak sendiri yang buat salah buat tak nampak tapi bila anak asuhan, cepat je nak marah kan?. Jangan la ceggitu, tak helok tau.

Sekian la dulu perkongsian cik su, blur plak tiba2. Nanti cik su sambung ye.

PENAWAR RESDUNG

Assalamualaikum...

Bila dah lama tak bersua, bersawanglah blogku ini. Sekali kita bersua, sedikit perkongsian akan dititipi....

Resdung... tak asing rasanya dikalangan masyarakat kita. Tambah2 dengan diri cik su ni sendiri. Sangat2 don't like tau bila dah start jadi 'director' tak bertauliah (bersin non stop).

Punca yang biasa menjadikan cik su akan mula bersin yang berpanjangan ni biasanya sebab tersilap makan @ alergik makanan. Tak kisahlah seafood ke or apa2 je la yang seangkatan. Lagi satu sebab habuk. See...nak cakap iolls tak suka mengemas la tu.. hikhikhik. Bangun pagi tak payah cakap la. Penat la dok 'action3'

Macamana cik su atasi masalah ni? Senang je sebenarnya. Cik su terpaksalah telan ubat selsema or ubat elergik. Kalau tak makan ubat tu tak boleh ke cik su oi? Jawapan cik su memang tak boleh sebabnya, selsema cik su tak akan stop selagi tak makan ubat elergik tu.

Seksa sangat tau chuolls. Bayangkan masa tidur pun lencun bantal sebab air hidung keluar non stop. Bukan hingus pekat tu ye. (Jangan la geli ye, nak share je) tapi memang macam air biasa yang sangat cair. Sebab tu la ubat selsema/elergik cik su tak pernah putus stop, sentiasa ada.

Tapi yang sebenarnya itu kisah cik su sebelum kenal vitamin yang cik su rasa paling win la untuk masalah resdung cik su ni. Sustained release vita c shaklee memang sangat direkomenkan bagi anda yang ada masalah resdung.

Sekarang cik su dah lupa terus kat ubat selsema. Memang tak perlu ambil dah. Kalau salah makan pun tak ada la sampai melarat sampai berhari hari. Kalau kena malam, lepas je telan vita c ni, esoknya dah ok. Lagipun tak elokkan kalau bergantung dengan ubat selsema je. Dah la mengantuk kalau makan ubat tu..huhuhu.

Tapi ada side effect lain juga tau lepas makan vita c shaklee ni. Muka cik su dah tak naik jerawat kecil2 dah (kecuali sebulan sekali tu la, seketul juga naiknya) tapi tak lama la si jerawat batu hinggap kat muka ni. Takut agaknya dengan vita c ni. Banyak lagi sebenarnya nak share pasal side effect sustained release vita c shaklee ni. Tapi mata dah ngantuk, nanti cik su sambung ye.

Kalau anda just nak merisik  vita c ni boleh je whatapps cik su kat nombor ni 011-12430922 nanti cik su akan guide kalian. Kita deal sampai berkahwin.

Wednesday, 3 January 2018

ALA2 VIVIX TAPI HARGA LAGI MURAH

PRODUK BARU dari shaklee yang baru keluar tahun ni ada kandungan resveratrol iaitu kandungan yang sama ada pada vivix.

Sebelum ni ramai yang nak dapatkan vivix tapi bila dapat tahu harga,  terus krik2.

Hehe.

Perkenalkan produk baru CoQ-Trol Plus 🎉🎉 Apa itu CoQ-Trol Plus?

Basically kandungan dalam CoQ-Trol Plus ada 👇 ✅Conezyme Q10 (untuk tenaga)
✅Reseveratrol (lindungi & renew sel dala badan)
✅Vitamin E (bagus untuk kesuburan)

So, produk ni power untuk lelaki dan perempuan 👫

CoQ-Trol Plus sesuai untuk mereka yang👇
✅ selalu letih dan selalu mengantuk 😴
✅ nak dapatkan zuriat (TTC) 👶
✅ inginkan kulit cantik sebab kandungan vitamin E, resveratrol dan coq10 bagus untuk dapatkan kulit muda 👸
✅ awet muda sebabnya coenzyme Q10 ni berperanan untuk jaga sel kulit supaya kelihatan muda dan cantik 💃

Paling penting harga CoQ-Trol Plus sangat murah. Bayangkan dalam ni ada kandungan vivix dan vita E pada masa yang sama, tapi dengan harga yang sangat murah 💰

Jom dapatkan CoQ-Trol Plus dengan harga promosi pengenalan, khas untuk customer cik su sahaja 😍

CIK SU
Whatsapp : 011-12430922
Your Trusted SID SHAKLEE
.
#coq10shaklee #coqtrolplusshaklee #codshakleekotabharu #shakleemurah
#promosishaklee

Popular Post