Sunday, 19 November 2017

PRODUK BAYI ORGANIK

Assalamualaikum...

Ibu2 mesti terujakan bila ada produk yang bagus untuk anak terutamanya baby kan?

Ha...sekarang la masanya. Shaklee dah lancarkan produk untuk baby tau. Produk organik yang sesuai untuk kulit sensitif termasuk eczema.

Orang cakap biar alah membeli tapi menang memakai. Tambahan pula untuk baby, mesti la kita sebagai ibu nak kan yang terbaik.

Cik su yang masih tak ada baby pun teruja tau bila tengok produk2 yang bagus untuk baby ni. Rambang mata pula.

Nak dapatkan produk babyshaklee ni cepat2 tau sebab stock sangat limited. Just roger cik su

011-12430922

PUISI TENTANG AKU

Aku...
Aku bertuah
Tubuhku sentiasa dipeluk dipegang kemas
Wajahku dioles dibelai setiap masa

Itulah aku
Sentiasa diberi perhatian
Untung nasibku
Makanmu ada aku
Tidurmu aku disisi
Kerjamu aku temani

Aku disayangi
Aku punca rezeki
Aku pengikat kasih sayang
Aku pembantu dikala buntu
Aku jua teman disaat sunyi

Namun aku
Punca runtuhnya akhlakmu
Telah ku jauhkan mereka yang kau dekat
Meretakkan hubungan yang terbina
Aku juga
Mendinginkan ikatan yang terjalin

Ya...
Itulah aku
Sebuah telefon
Baik niatmu mengabdikan aku
Tebalas baiklah hasil dariku
Buruk citamu menggunakan ku
Jahanamlah penyudah balasan

Gunalah aku sebaiknya
Usah jadi hamba kepadaku
Jangan melalaikan diri kerana aku

~ cik su berpuisi ~

Saturday, 18 November 2017

D.I.Y MASKER WAJAH SEMUDAH ABC

Assalamualaikum...

Sape sini yang suka sangat pakai mask tapi tak suka yang beli siap tu sebab rasa tak terjamin? Kalau rajin sebenarnya dengan bahan2 yang ada kat dapur je pun boleh buat masker wajah tau.

Kat sini cik su kongsi cara yang selalu cik su buat masker kat rumah. Tapi tu la, muka tetap tak 'ploles'. Tau nape? Sebab ada suntikan 'vitamin m a.k.a malas'. Kalau rajin dan konsisten insyaallah menjadi.

1. BERAS, LIMAU NIPIS

Caranya, sangai beras dalam segenggam tu sekejap jangan sampai hangit. Lepas tu blender halus sampai jadi debu (blen kering ek). Simpan dalam bekas bertutup. Bila nak guna, ambil la sikit then perah limau nipis. Agak2 la kepekatan yang u all rasa selesa. Tepek la kat muka. Agak2 dah kering boleh la basuh dengan air bersih. Tapi pedih sikit tau sebab limau kan masam. Kalau rajin memang kulit muka halus je tau.

2. YOGURT, KUNYIT, MADU

Yang ni lagi senang, u all just campur je semua bahan2 tu. Biasa cik su guna dua sudu yogurt, sesudu serbuk kunyit dan sedikit madu. Kalau madu original lagu bagus. Dah siap gaul, tepek la kat muka tu. Kalau boleh pakai baju yang u all tak sayang tau sebab ada kunyit kan, takut terkena kat baju susah nak tanggal. Dah kering agak2 30 minit boleh la basuh. Buat dalam dua or tiga kali seminggu, elok untuk jerawat.

3. ESP SHAKLEE

Masker yang paling cik su suka buat. Sebabnya senang, just bancuh je esp tu dengan air terus boleh letak kat muka. Baju pun tak kotor dengan kunyit, tak ada masalah takut expired macam yogurt. Kalau nak buat baru guna. Dah la sedap baunya. Masa letak kat muka tergoda macam nk jilat (hahhaha). Memang bagus sangat untuk jerawat. Muka pun lembut je. Pakai dalam 30 minit je tau.

Tu je la cara cik su buat masker kat rumah. Kalau nak cuba masker best esp boleh la roger cik su. Esp, minum pun lazat, buat masker pun best.

CARA ATASI SEMBELIT

Assalamualaikum...

Hai semua, lama rasanya tak update kat sini. Ada masalah teknikal sikit dengan fon ni.

Kawan2 ada tak yang jenis susah sangat nak membuang? Sepp sikit....cik su pun sama tau, jenis yang dua or tiga hari sekali baru la nak membuang.

Perut tak payah cakap la, memang tak selesa sangat. Buncit dan keras je. Dah macam2 cara dah cik su cuba tapi degil yang amat...tak nak juga rasa membuang nya.

Ada orang sarankan cik su makan buah betik la, pisang la...semua cik su cuba tapi tetap tak berubah jadual pembuangan tu.

Sampai satu tahap cik su minum fiber yang untuk kurus tu, kalau orang lain minum malam ni pagi tu dah wajib cari toilet. Tapi cik su? Tak ada rasa apa pun.

Last2 cik su rasa lantak la, janji tak sembelit walaupun tiga hari sekali baru nak membuang. Perut tak selesa pun tahan je la nak buat camane...sobbs

Tapi nak dikisahkan, one day tu cik su lenguh2 kaki so cik su try la consume ostemarix shaklee. Malam sebelum tidur cik su makan.

Esoknya kesan berganda yang cik su dapat. Bukan saja lenguh2 kaki dah reda sikit, malah terus cari toilet.

Wah...memang suka sangat. Sape sangka kan, dah macam2 cik su cuba tapi bila makan ostematrix untuk lenguh2 badan, dapat effect melawas pula.

Kalau awak2 pun ada masalah macam cik su meh la pm cik su. Jangan segan2 tau. Nak dapatkan nasihat tentang shaklee pm je kat nombor ni

011-12430922.

Tuesday, 7 November 2017

KAKI BERLUBANG AKIBAT KENCING MANIS TERTUTUP

Assalamualaikum...

'Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati'. Seringkali kita dengar ungkapan ini kan? Tetapi untuk mendapatkan penawar yang betul2 sesuai dengan sakit kita tidak mudah kan?

Ya, itu lah yang cik su alami bila kaki en. Ketua rumah yang pernah dibedah sebab diabetis tiba2 berlubang sedalam hampir separuh ruas jari.

Risau tak payah cakap la masa tu. Terus je ajak beliau ke klinik. Tapi doktor cakap luka tu okey tak ada apa2 yang perlu risau.

Tapi dah nama pun isterikan, perasaan risau tu tak boleh nak elak. Empunya badan rilex je.

Nak dijadikan asbab, ada seorang hamba Allah ni hadiahkan beliau si botol merah vivix sebagai ikhtiar.

Maka bermulalah episod cik su jadi cik 'misi'. Sebelum tidur memang paksa beliau minum dulu si vivix yang sedap tu. Dah nama pun lelaki kan, cukup liat bab2 nak jaga kesihatan ni.

Dengan amalan vivix yang tak konsisten, sebab adakalanya misi tertidur awal...maka lubang yang dalam tu dah rata. Belum pun habis sebotol si vivix.

Oh ya, setiap kali makan vivix tu... ada lelehan tepi botol tau. Yang tu pun beliau tak membazir, beliau letak pula tempat luka tu. So, maknanya vivix pun boleh juga untuk kegunaan luar macam tu.

Ya Allah masa ni rasa syukur sangat sebab satu masalah beliau dah setel. Cik su rasa rugi sangat kalau tak share kebaikkan vivix ni untuk semua.

Bulan November ni bulan promo si botol merah vivix tau. Jadi elok benar la kalau anda ambil peluang ni untuk menjaga kesihatan anda dengan vivix.

Nak cuba ikhtiar vivix dan dapatkan harga promo boleh la hubungi cik su di talian 011-12430922. Cik su sedia membantu.

~ cik su menarikan tinta ~



Thursday, 2 November 2017

HIKMAH DISEBALIK KEHILANGAN

Assalamualaikum...

Kehilangan..

Satu ungkapan yang paling tidak suka untuk disebut dan dibayangkan. Lebih2 lagi kehilangan orang yang melahir dan membesarkan kita.

Zaman persekolahan, aktiviti kerohanian sering mengajukan soalan tentang kehilangan. Tapi tidak pernah diri ini membayangkan kehilangan insan yang bergelar bonda dan ayahanda.

Takut... ya, takut untuk menelan hakikat itu. Takut untuk membayangkan kenyataan itu. Namun terlupakah aku, setiap makhluk yang hidup pasti akan merasai mati.

Sejauh mana dilemparkan ketakutan itu, sekuat mana menghindari bayangan kehilangan itu... harus aku sedar bahawa setiap insan akan melaluinya. Bedanya hanya lambat ataupun cepat.

Walaupun jauh telah terlempar bayangan kehilangan...muncul jua akhirnya menjengah diriku yang masih belum bersedia.

Tanggal 14 September 2015, dua minggu sebelum aidiladha pergi nya insan yang paling disayangi, seorang insan bergelar bonda.

Kehilangan yang paling ditakuti.. kehilangan dirimu wahai bondaku...

Siapa sangka, aidilfitri tahun itu adalah aidilfitri terakhir disambut bersama bonda. Padanlah dirimu galak berbelanja untuk ketibaan syawal, rupanya petanda bonda menyambut syawal terakhir.

Belum puas rasanya bermanja dengan bonda. Tidak terbalas lagi jasa bonda. Tak sempat menabur bakti, bonda pergi jua meninggalkan diri ini.

Namun ku sedar, sejauh mana aku cuba menghindari kehilangan itu, tidak dapat melawan ketentuan yang Esa.

Redhaku akan kehilanganmu bondaku. Hanya doa dan alunan suci Al-quran dapat ku kirim buat mu.

Disebalik air mata kesedihan kehilangan bonda, rupanya ada satu hikmah yang tersembunyi.

Ya, andai dulu tak sempat menabur budi kepada bonda... tanpa sedar, di kurniakan rezeki yang tidak ternilai besarnya.

Rezeki yang tidak semua orang perolehi... rezeki menjaga insan bergelar ayah...

Ya Allah, selepas diberi tanggungjawab untuk menjaga ayah, terdetik hati ini...andai dulu aku tak sempat menabur bakti pada bonda, akan ku pastikan ayahanda ku jaga sebaik mungkin.

Alhamdulillah, rezeki menjaga orang tua, walaupun tidak bekerja tapi dengan belanja bulanan yang diberikan kakak2 dan abang2 sentiasa cukup untuk kami tiga beranak walaupun jumlahnya tidak la sebesar mana.

Terima kasih untuk encik ketua rumah kerana jika bukan kerana beliau yang buat keputusan untuk berpindah tidak mungkin dapat berjasa pada ayah.

Doa cik su semoga cik su terus sihat untuk menjaga dua hero cik su ni.

Hero pertama, ayahanda...sihat fizikal tetapi perlu sabar kerana masalah ingatan. Hero kedua suami terchinta, diabetis type 1.

Doa cik su juga semoga bisness shaklee cik su terus maju untuk membantu hero2 cik su.

Semoga kalian pun turut sama menitipkan secebis doa untuk kesihatan dan kejayaan cik su.

Pesan terakhir, selagi ada insan bergelar ibu dan bapa...hargailah mereka, sayangilah mereka.

~ cik su menarikan tinta ~

Wednesday, 1 November 2017

BESAR UJIANKU, BERAT LAGI UJIANMU

Assalamualaikum

Tajuk share cik su ni macam gempaq kan?

Tapi itulah yang nak cik su kongsikan pada entry kali ni.

Mungkin kita rasa beratnya ujian yang kita lalui ni kan? Kenapa kita yang dapat ujian macam ni.

Sebelum ni cik su rasa macam down sangat bila di uji dengan tidak berezeki untuk dapat zuriat.

Tahun pertama hingga tahun ketiga perkahwinan adalah tahun yang getir sangat. Pantang dengar kawan2 hamil mesti sedih. Lagi sedih bila adik beradik dan ipar duai yang hamil... air mata jadi peneman.

Tahun ke empat hingga sekarang, nak masuk tahun ke tujuh..Alhamdulillah... emosi dah terkawal. Sentiasa positifkan diri.

Lagi kuat bila masuk satu group untuk wanita yang sama nasib macam cik su. Rupanya, tujuh tahun bukanlah lama kalau nak dibandingkan rakan2 yang sampai berbelas tahun masih lagi ber ttc dan menunggu.

Tapi yang lagi membuatkan cik su rasa kecik je ujian cik su ni bila tadi dok sembang2 dengan sorang bidan ni.

Cerita dia, seorang hamba Allah ni dah sembilan kali hamil tapi sembilan kali juga keguguran...Allahuakhbar...

Masa ni la terdetik hati ini, sekurang-kurangnya aku hanya tujuh tahun ber ttc. Tapi hamba Allah ni, sembilan kali merasa kehilangan kandungan...

Macamana emosi ibu ini setiap kali terima berita sedih ni kan? Allah...kuatlah wahai ibu.

Itu lah yang dikatakan, besarnya ujianku, berat lagi ujianmu. Kita rasa berat sangat dah ujian kita tu tapi sebenarnya orang lain diberi ujian yang lagi besar dan berat dari kita.

Sebenarnya Allah akan uji mengikut kemampuan kita....syukurlah kerana Allah masih ingat dan mahu menegur kita.

Semakin banyak ujian kita, semakin dekat kita kepada Allah..

Semoga kita terus tabah untuk hadapi setiap ujian yang mendatang. Sabar, usaha dan tawakal.

~Cik su meluah rasa~

Nota kaki : ttc - trying to conceive 😊
Atau bahasa melayunya mencuba untuk hamil.

Popular Post