Assalamualaikum...
KENAPA SURI RUMAH PERLU ADA SIDE INCOME?
Terpanggil rasanya untuk mengulas isu suri rumah dan side income setelah berhabuk encik blog kite ni.
Sebagai suri rumah, rasanya semua pun akan sama pendapat dengan cik su yang mana suri rumah mesti ada duit poket sendiri selain nafkah suami.
Yes, sangat perlu. Tapi kenapa? Okey, disini cik su cuba explainkan belanja harian cik su untuk keperluan sahaja belum lagi masuk bab kehendak.
Setiap hari akan ada penjaja ikan akan masuk ke kampung cik su. Sehari akan ada tiga orang penjaja yang mana setiap dari mereka cik su dah bahagikan apa yang akan dibeli.
1.PENJAJA PERTAMA
Biasanya cik su lebih kepada membeli sayur-sayuran kerana lebih murah berbanding kat pasar tapi tak ada la banyak pilihan sebab dorang guna motor je. Di sini, berhabis dalam rm5-rm10.
2.PENJAJA KEDUA
Dengan penjaja kedua memang lebih sikit berbelanja kerana cik su suka beli ikan dengan beliau. Ditambah pula banyak pilihan kuih yang sedap dan murah(motor juga ye). So, dengan beliau pun berhabis dalam rm5-rm20.
3.PENJAJA KETIGA
Memandangkan penjaja ketiga ni selalunya datang lewat tengah hari, maka beliau menjadi option terakhir sekiranya terlepas penjaja ke dua or penjaja ke dua tidak berniaga. Sebab dah kenyang dan kekadang dah siap masak maka belanja dengan beliau anggaran rm2-rm10
Bila ditolak, tambah bahagi semuanya sehari dalam maksimum rm30 bajetnya sebab biasanya beli sikit2 tak nak buat stok. Berapa pula untuk sebulan? Haa... nampak tak betapa kos sara hidup sekarang tinggi?
Bagi orang yang tak mengalami mungkin rasa cik su boros kot. Tapi ketahuilah bahawa cik su sehabis jimat untuk cut kos setiap hari. Segala kehendak cik su tolak tepi. If ada lebihan baru la fikirkan kehendak. Itu pun bila rasa betul2 berkehendak dan tidak membazir.
Itu hanya belanja di hadapan rumah ye adik kakak, belum lagi ke pasar. Kalau ke pasar memang sebelah tangan tak cukup. Sebolehnya nak elak ke pasar(gelak jahat).
That why la cik su sangat sokong bahawa suri rumah memang perlu ada side income. Bukan semua bernasib baik dapat suami yang kaya raya dapat sediakan segala keperluan untuk isteri dan anak2. Bukan semua mampu bagi nafkah yang banyak untuk isteri seperti mana komen netizen yang tular baru2 ini.
Untuk yang tidak berada, memang perlu duit sampingan untuk membantu si suami. Dalam keadaan zaman 'duit' sekarang ni, tidaklah salah kita sama2 bantu suami. Jangan sebabkan kita suri rumah, haa.... segala benda nak letak atas kepala suami atas alasan kita tak kerja, tak ada duit.
Banyak sebenarnya cara yang boleh suri rumah buat untuk membantu suami mendapatkan side income untuk menjana ekonomi rumah tangga.
Sebagai contoh cik su sendiri la ye. Bukan nak bangga diri atau puji diri sendiri tapi untuk celikan mata yang mana dok kata "suri rumah ni suka habiskan duit suami".
Minta maaf, itu bukan cik su. Dari zaman bekerja lagi cik su memang tak suka susahkan suami. Apa yang cik su mampu cik su akan beli tak perlu nak tunggu minta suami juga belikan. Just give and take la.
Sekarang dah jadi suri rumah pun cik su tak suka nak susahkan suami nak belanja keperluan rumah. Ye la, suami pun kerja sendirikan. Time ok, masyuk la time tak ada, terima seadanya.
Solusi cik su
1. JADI BABYSITTER
Yup, mula2 tu tak terfikir pun nak jaga anak orang ni sebab dah banyak dengar pasal anak dan pengasuh ni. So, seramm sikit la nak jadi babysitter ni. Tapi bila kat rumah dengan ayah je, suami keluar berniaga, sunyi sangat rumah. Masa tu juga jiran sangat memerlukan pengasuh untuk anaknya. Maka cubalah diri ini menjadi pengasuh dengan tiada jaminan diberi untuk anak bertahan lama sebab tak biasa kan.
Tapi Alhamdulillah, dari seorang sekarang direzekikan pula dengan anak asuhan yang kedua. Setiap bulan juga cik su ada dapat elaun tertentu (urusan family). So, dengan elaun dan duit upah mengasuh tu la dibuat belanja dapur, bayar bil dan sebagainya.
See, bila kita as a suri rumah ada pula duit sendiri, sangat memudahkan urusan harian dirumah tanpa perlu nak bebankan suami. Dalam masa yang sama dapat juga membantu mereka kan.
2. EJEN SHAKLEE
Alhamdulillah... cik su juga dipertemu kan dengan shaklee yang mana sangat2 membantu.
Sambil2 mengasuh, bila anak2 tidur curi2 je masa pegang fon untuk sharing tentang produk. Tak susah pun sebenarnya cuma nak dengan tak nak je.
Dengan sebiji telefon, bersama anak2, sambil2 masak, boleh juga kita berniaga kan. Tapi janganlah abaikan tanggungjawab hakiki pulekkk.
Tiap2 tengah bulan pula ada la side income dari shaklee ni. Kalau tiba2 masuk tengah bulan sesak, ada la penyelamat nya dok? Kalau lebat sale, lebat la juga bonusnya. Yang penting rajin je.
Dengan berniaga online ni juga boleh dijadikan kerja part time kita untuk tambah pendapatan kan?
So, sebagai rumusannya cik su rasa setiap suri rumah wajib ada 'wang saku' sendiri untuk membantu perbelanjaan rumah tangga. Cari peluang yang ada depan mata, rebut lah ia.
Setiap orang ada kelebihan masing2. Ada yang pandai memasak, jadi tidak salah untuk memperkenalkan masakan kita dalam bentuk perniagaan pula. Yang minat menjahit pula, kenapa tidak kembangkan kepada business dirumah. Banyak sebenarnya yang boleh kita buat untuk menjana pendapatan dari rumah.
Jom kita sama2 jadi suri rumah yang 'berduit'.
#ciksumenarikantinta
#14julai2018
No comments:
Post a Comment